Google Street View Kini Berada Di Malaysia

Sejak akhir - akhir ini , aku kadangkala ada ternampak kereta peronda google malaysia lalu lalang sekitar perak dan jb . Ingatkan dieorang cari rumah untuk bayar adsense ( manalah tau ) rupa-rupanya tujuan mereka ronda -- ronda sana sini adalah untuk google strees view yang kini sudah berada di Malaysia .

Google Street View ni sebenarnya dah lama dah luar negara dapat akses , macam biasalah kita ( Malaysia) terima teknologi ni lambat sikit , kawan aku yang dekat Australia cakap , dieorang pun guna ni kalau nak pergi mana-mana tempat yang dieorang tak tahu sebagai gambaran untuk ke tempat tu .

Tapi aku tak kira , Meh aku belanja gambar melalui Google Street View .
okay , yang kat bawah ni adalah gambar dari pintu utama UPSI yang mana ianya merupakan jalan utama di Tanjung malim .

google street view upsi
google street view upsi kawasan jalan utama

Dan yang ini pula , gambar dari kampung aku iaitu Felda Bukit Batu ,Kulai Johor yang mana ianya jalan utama tetapi berada dalam kawasan luar bandar .
google street view felda
google street view felda bukit batu / kawasan luar bandar
Kegunaan Google Street View
Pada aku , tak lain dan tak bukan kegunaannya lebih kepada maps la , maknanya jika lepas ni nak pergi ke satu tempat yang kita nak tuju , kita boleh survey dulu keadaan tempat tu macam mana , dan kalau kawasan perumahan tu area bandar lagi senang la , sebabnya google street view ni dah teroka kawasan bandar dulu berbanding kawasan luar bandar .

google street view
klik simbol street untuk melihat kawasan dalam bentuk realiti


Mudah nak gunakan google street view ni , semua orang boleh gunakan , tak perlu login or daftar apa-apa , cuma layari http://www.instantstreetview.com/ kemudian masukkan destinasi yang korang nak dan Klik simbol Street kat sebelah petak destinasi tu .

Jadi lepas ni , lagi mudah la kita nak ke sana ke sini dengan adanya google street view ni . hehe , kepada kaki berjalan tu , memang terbaiklah kan . dan pada yang susah nak cari jalan/kawasan yang dicari , guna google street view je dah boleh nampak gambaran tempat tu macam mana .

3 Responses to "Google Street View Kini Berada Di Malaysia"

  1. wah makin mudah sekarang nak trace lokasi....

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik, dia macam waze ye?

    ReplyDelete
  3. Makin lama makin mudah kan nak cari jalan

    http://www.elnaomie.net

    ReplyDelete