Blogger Copy Paste

Assalamualaikum , sejak akhir akhir ini , lahir bagai cendawan tumbuh selepas hujan blogger-blogger baru dengan pesatnya . Ianya merupakan satu kejayaan dalam dunia blogging apabila semakin ramai mula menceburkan diri dalam dunia penulisan ini

Ramai yang berbakat besar , memiliki daya penulisan yang menghairahkan sehingga mampu membuat si pembaca terus setia bersama mereka dan paling hebat lagi adalah blogger yang suka copy dan paste hasil orang lain ke dalam blog mereka 

Agak-agakla kalau nak Copy pun
 Isi kandungan blog B sebijik sepertimana isi kandungan blog A . kesalahan ejaan serta signature blogger itu pun x dieditnya . Memang nampak sangat copy bulat bulat
Aduhai , Apahal la ada blogger yang macam ni yer . Seelok- eloknya kalau dah tak ada idea sangat nak tulis blog , edit laa jugak bahan yang korang copy tu , amik main point dan huraikan ikut gaya anda . Ini tidak , copy bulat-bulat lepastu mengaku sendiri punya ..

Jadi Blogger yang Beretika
Setiap perkara yang dilakukan semestinya mempunyai peraturan serta undang-undang mereka sendiri , jadi apa salahnya kalau korang yang mana suka sangat copy paste tanpa buat editing ni hormati hak orang lain , Buang sifat plagiat tak bagus sebenarnya , Sikit sebanyak pembaca yang baca nak bosan dan menyampah dengan blogger .

Kerana Nila Setitik , Rosak Susu sebelanga pepatahnya begitulah

Jadilah seorang yang beretika ye , adess kalau tak buruk nama kita .. hahaha



4 Responses to "Blogger Copy Paste"

  1. ish3.. tak patut betul.. agak2lah klu nk copy pn...huhuhuhuhu sekurang2nya bagilah kredit ke...

    ReplyDelete
  2. dah kena. sebelum ni banyak kali tapi ok lagi sebab 1 blog maybe ada copy 1 2 @ 3 entri.. tp paling laters.. dia setting autocopy paling tak tahan.. kalau update terus masuk blog dia. Terus buat google report settle

    ReplyDelete
  3. Itulah pasal bro , kadang-kadang jumpa entry power tapi aku tak tahu siapa penulis asal .

    ReplyDelete
  4. saya cukup risau kalau intipati blog saya kena copy paste

    ReplyDelete