Kisah Seram Upsi - Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan

Setelah hampir 3 tahun aku menuntut ilmu dekat UPSI dalam bidang diploma muzik , macam-macam kisah seram yang berlaku di UPSI antaranya kawasan tadahan air selatan , fakulti muzik dan seni persembahan ( fakulti aku ) dan yang paling popular sekali adalah kawasan bangunan E-Learning kampus lama .

Aku tau korang yang baru masuk ni kurang ke kampus lama dekat Tanjung Malim ni , sejak adanya kampus baru dekat Proton City , kampus lama kurang digunakan . Yang selalu gunakan kampus lama macam biasalah budak muzik , PAKK , dan ada satu dua fakulti lagi yang masih kekal dekat kampus lama ni .

Berhantukah bangunan di UPSI ?
Perghh .. jangan tanya macam tu , pada yang tak kena memang tak akan percaya benda-benda halus sebegini tapi bagi aku dan certain mates aku yang dah melalui perkara ini , boleh dikatakan ianya benar dan tak tipu la .

Sebab aku student music , so aku lebihkan sikit cerita yang ada dekat fakulti aku .

Sebagai pelajar muzik , fakulti tu dah jadi rumah no.2 kami . Siang malam practise kadangkala sehingga larut malam dalam 12.30 am sehingga 1.00 am . Tak lain tak bukan practise dan sebagainya

Ada peristiwa seram yang berlaku dibahagian parking kereta sebelah belakang fakulti muzik bersebelahan dengan fakulti Seni , Area parking tu ada pokok-pokok agak besar yang merimbun sebagai tempat berteduh bagi yang bawa motor .

Nak dijadikan cerita , aku yang baru je habis practise malam dalam jam 11.30pm nak balik tetiba kawan pempuan aku sorang ni menjerit bila lalu dekat pokok tu . Mak Aihh .. berderau darah dibuatnya . Rupa-rupanya dia menjerit sebab ternampak kakak pakai baju putih (pontianak) tengah bertenggek dekat atas pokok tu .



Haih.. seriau dibuatnya , tak pasal-pasal panggil unit penerbit fakulti muzik untuk berikan bantuan . Jika nak diceritakan pasal fakulti muzik macam-macam area yang BENDA tu port . Dalam Panggung Budaya Fakulti muzik dan Seni persembahan , Tak boleh duduk dalam tu waktu maghrib ,dikatakan laluan panggung tu "jalan" untuk mereka (makhluk halus) menuju ke sungai belakang fakulti .

Bukan setakat tu jer , area bilik tradisional ( gamelan terutamanya ) lagi seram dekat pokok besar depan tu . kawasan loker tingkat 2 ( area bilik pensyarah ) , kawasan bilik recital , pergh meremang aku cter ni . kawasan-kawasan ni kalau lalu siang pon rasa lain macam .. sejuk jer dan suram .


Memang la benda-benda tu semua ada , tapi diri sendiri yang kena kuat untuk hadapi benda tu . haha
aku rasa aku nak sambung artikel ni dalam Kisah Seram Upsi 10 Oktober , Aku nak tulis panjang-panjang lenguh pulak jari ni , keep in touch , artikel ni aku akan update sebab malam ni aku nak study esok final exam dah

6 Responses to "Kisah Seram Upsi - Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan"

  1. singgah siNI SEMULAAAAAA..rasanya LAMAA dah tak singgah kan..hehee :D

    ReplyDelete
  2. waktu maghrib..gi surau atau masjid. bukan gi lalu fakulti tu. haha..

    ReplyDelete
  3. Biasalah universiti dan sekolah biasanya dibina atas tanah yang luas..mcm2 ada kt bawah.. jadi mgkin disitu tempat tggl benda2 tersebut..

    ReplyDelete
  4. teringat belajar dekat U dulu, di mana-mana pasti ada, selalu dengan ayat Allah, Ayat Qursi sangat penting :)

    ReplyDelete
  5. Den student fakulti muzik dh lali dgr citer2 antu kt fakulti ni..x terkecuali auditorium panggung budaya tu..Nasihat den satu jer..
    Sblm nk guna panggung tu buat la rukyah kejap..Adab dgn Allah kena amal..mase den guna panggung budaya dulu,kitorang akan kompol ramai2..bc Al Fatihah,surah Al ikhlas dan selawat serta fidyah pd Nabi,para rasul dan para sahabat..Alhamdulillah selamat semuanya..
    Lg satu jgn ckp besar..lecturer teater penah kena..student mengadu nmpk kak pon dia bantai ckp jgn takut,tu kawan dia..
    Sekali kak pon tu tunggu lecturer tu dpn pintu office dia..demam semingu..jgn ckp besar..makhluk ghaib ni ada di mana2..yg penting jgn lalai dan sentiasa beringat..

    ReplyDelete
  6. Betul tu...kalau org yg x 'terpilih' mmg x akan nmpak. Tapi kalau trkena, jgn la takut dan gusar...dia pun makhluk Allah juga; cuma tujuan je x berapa nak best la....dah namanya syaitan, kan? Apapun yg pentingnya hati kita.
    Tapi, kalau kt kwsn fakulti tu mmg dh arif sgt dah....kdg2 ada jugak 'benda' tu mnyakat, sampai kdg2 boleh naik darah tinggi kjp. Tapi, yelah salah kita jugak la agaknya....sibuk dgn tugas smpai abaikan perintah Tuhan. Jadi, 'dia' pun dtg la ingatkan...walaupun bukan ambil course muzik, tapi sbb studio berjiran je dgn kwsn fakulti....boleh kata hari2 'tertengok' benda2 alah tu....tmbh2 kalau balik malam....ramai2 pun kena jugak.
    Tapi, semua tu mmg pengalaman la....yg dlm panggung budaya dia selalunya x mengacau kita; cuma lalu je; tapi kalau nak tgk real2 tunggu je la waktu mlm2 sure nmpak. Tapi, mcm ckp la, jgn cakap besar...mulut kena elok2 jaga....

    ReplyDelete