Biasanya benda yang last minute plan ni selalu menjadi dan sudah pastinya akan ada sweet moment yang dapat kita miliki melalui aktiviti yang kita lakukan .
jejaka dan hero upsi yang suka main air |
Kalumpang ni terletak di Kuala Selangor dan aku merupakan student UPSI , jadi jarak perjalanan dari tanjung malim ke Kalumpang hanya mengambil masa dalam 15 minit sahaja melalui jalan dalam ( memang tak ade jalan lain pon )
Sebenarnya aku dengan rakan-rakan yang lain tak rancang pun nak pergi mandi sungai , tapi disebabkan hari ini tidak ada sebarang exam , jadi kami semua amik keputusan untuk hang out , tup - tup kalumpang resort jadi pilihan . Dekat , Murah dan Menarik .
Aku berkonvoi dengan 4 lagi buah kereta rakan yang lain dan tiba di kalumpang resort dalam jam 10.00 pagi , sepanjang perjalanan ke resort tersebut , kami disajikan dengan keindahan alam sekitar yyang menghijau dan paling tak boleh tahan , kami jumpa rusa tengah cari makanan rasanya dekat kawasan hutan di situ .
Dekat Kalumpang Resort ni , mereka menyediakan 70 unit chalet yang boleh disewa mengikut bajet masing masing ,
KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE bukan sahaja boleh dijadikan tempat rekreasi, malah ia juga sesuai dijadikan sebagai tempat latihan, kursus,
seminar, mesyuarat, hari keluarga dan perkhemahan.
Kalumpang Resort turut berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan merupakan salah sebuah syarikat yang berada di bawah naungan Malaysia Budget Hotel Assosiation.
Tapi kat sini aku tak nak cerita pakej yang ditawarkan oleh resort ni pada pelanggan , kalau nak , meh email dekat aku , aku bagi review berbayar . hehehe
aku nak cerita suasana yang aku alami dengan kawan-kawan sepanjang dekat sana .
rayner mau bikin video kenangan |
Sampai je dekat kawasan sungai ni ,tak fikir panjang letak beg , bukak baju , bukak seluar tinggal seluar pendek jer , terus terjah air tu , perghh .. sejuk sangat . dengan kabus-kabus yang menutupi ruang antara pohon memang best kalau tempat ni dijalankan sesi fotografi .
semua ni hantu air , jenis tak nak kuar |
Lagi satu yang bestnya dekat kalumpang resort ni , sekeliling resort ni dikelilingi dengan pokok buah buahan seperti jambu air , rambutan , duku , durian dan lain - lain lagi , so kalau lapar petik jer .. hahaha
Jikalau ada sesiapa nak buat event dekat sini , aku setuju denga pilihan korang , memang terbaik . kalau nak tau lebih lanjut , pergi ke laman web mereka iaitu http://kalumpangresort.com.my/ dan hubungi mereka untuk sebarang pertanyaan .
Makin menarik tempat ini.. ke sebab ada gambar awek...
ReplyDeleteRasanya dah berbelas tahun tak ke sana... terima kasih untuk info ini.
www.broframestone.com