Kumpulan Keroncong UPSI Bawa Pulang RM10,000

Ketika rakan-rakan diploma yang lain sedang sibuk bercuti , segelintir pelajar fakulti muzik dan seni persembahan mengalas tugas ke Johor Darul takzim dalam pertandingan keroncong terbuka Johor .

Minggu ini aku ke sana ke mari sebab nak datang support team keroncong upsi yang bertanding dekat batu pahat . Akhirnya malam tadi segala persoalan telah terjawab dengan pengumuman pemenang

Tahniah buat kumpulan keroncong UPSI kerana telah berjaya memperoleh tempat dalam pertandingan Keroncong Terbuka Johor 2014 . Walaupun tidak mendapat Johan dalam setiap kategori yang dipertandingankan , namun kumpulan keroncong UPSI telah berjaya mendapat tempat dalam setiap kategori .

Pertandingan nyanyian dan kumpulan keroncong terbuka Johor kali ini telah diadakan di Dataran Batu Pahat bermula 17 hingga 18 oktober 2014 .

Keroncong UPSI
Diana Adha mendapat tempat ke-2 nyanyian solo keroncong asli

Keroncong UPSI
Nursyahda mendapat tempat ke-3 nyanyian solo keroncong asli

Keroncong UPSI
kumpulan gemersik bayu 

Keroncong UPSI
kumpulan alunan bayu mendapat tempat ke-2 dalam keroncong asli dan kontemporari

Keroncong UPSI

Kumpulan keroncong UPSI memperoleh :

Naib Johan (Kontemporari) Rm 3,000 : Alunan Bayu
Naib Johan ( Keroncong asli) Rm 3,000 : Alunan Bayu
Tempat Ke-2 Nyanyian Solo Keroncong ( Remaja) Rm 2,000 : diana adha
Tempat Ke-3 Nyanyian Solo Keroncong ( Remaja) Rm 1,000 : Nursyahda
Saguhati ( keroncong asli ) Rm 1,000 : Gemersik bayu
Dan secara keseluruhan membawa pulang Rm10,000 , Tahniah atas kejayaan yang anda miliki



Dan tidak lupa juga buat pasukan keroncong Majlis Perbandaran Pasir Gudang ( Johan keroncong Asli ) dan Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru dibawah pimpinan Ayahanda Nizam Rusli ( Johan Keroncong Kontemporari ) yang kaya dengan elemen muzik nusantara yang memukau penonton yang hadir ..

Johan pertandingan Keroncong bagi setiap kategori membawa pulang Trofi , Sijil serta wang tunai RM5000
Tahniah !!!

Bila bertanding sekarang ni memang dah tak boleh lari , dulu aku student Sekolah Seni Johor Bahru , dan sekarang aku student UPSI , siapa menang aku support sebab dua dua menjadi tempat aku menimba ilmu . kan ? :)

0 Response to "Kumpulan Keroncong UPSI Bawa Pulang RM10,000"

Post a Comment