![]() |
Muzik dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana muzik pada masyarakat menjadi tempat mereka meluahkan perasaan dan tenaga mereka terutama dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini.
Berikut aku kongsikan 2 sebab mengapa muzik penting dalam kehidupan seharian manusia :
Muzik mampu memberi ketenangan jiwa
Muzik mampu memberi ketenangan jiwa kepada seseorang kerana apabila mendengar muzik, jiwa seseorang akan tenteram terutama mendengar muzik kegemarannya. Irama muzik yang mendayu-dayu menyebabkan jiwa seseorang yang suka memberontak akan kembali menjadi tenang dan gembira
Muzik menjadi rawatan psikologi kepada sesetengah penyakit
Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan gamelan kepada pesakit . Bunyi yang dihasilkan gamelan mempunyai gelombang yang mampu membantu sedikit sebanyak proses pemulihan bagi sesetengah penyakit hasil dari penyelidikan profesor madya Ghause Nasaruddin .
Salah ke Main Muzik ?
Pada aku tak salah untuk kita bermain muzik . Ada bakat dan minat , ayuh kembangkan dan salurkan ke tempat yang betul . Insyallah banyak manfaat yang dapat kita kongsikan bersama dengan orang lain .
Setiap yang kita lakukan sudah pastinya akan menimbulkan 2 persepsi masyarakat sama ada Positif dan juga Negatif . Hal ini tak dapat nak elak lagi sebab ada yang suka dan sudah pastinya akan ada yang tak suka .
Tepuk dada tanya selera , selagi mana muzik yang dibawa itu tidak mendatangkan keburukan , selagi itu kita boleh teruskan dan sebarkan atas dasar perkongsian ilmu yang mana semua orang tak miliki . Tapi bila ada keburukan , haruslah ianya di cegah dan di tukar gaya dan penggunaanya agar lebih sesuai dengan keadaan .
Suka dengar muzik time tengah tension. :D
ReplyDeleteas salam dari cahayacinta
ReplyDeletehilangkan stress buat diri kita gembira jugakan