Ada ke yang nak baca blog aku ?

Sejak kebelakangan ni , aku asyik terlupa jer nak update blog , mungkin sibuk sedikit dengan nikmat cuti sem yang tengah aku lalui sekarang ini . Tapi sepanjang aku tak berblogging ni , aku sentiasa fikirkan pasal blog aku ini . sebabnya rasa lain dan pelik

Blog aku ni tertumpu pada apa ?
Itulah persoalan yang aku sering ajukan pada diri aku sendiri mengenai niche ataupun pengkhususan blog aku sendiri . yer .. aku sedar aku sebagai pemilik blog seharusnya lebih mengetahui apa yang ingin di tulis dan dihasilkan untuk santapan pembaca .
Sebabnya aku ingin jadikan blog aku sebagai tempat rujukan atau persinggahan blogger-blogger lain serta pembaca lain dalam perkongsian ilmu yang berguna buat mereka

Blog pasal gambus , ada ke yang nak baca ?
aku juga ada terfikir untuk jadikan blog aku ni sebagai medium untuk aku berkongsi maklumat mengenai bidang yang aku ceburi iaitu muzik dan pengkhususan dalam alat muzik gambus . Tapi bila dilihat balik , dekat Malaysia ni tak banyak blog yang menceritakan pasal tradisi melainkan laman web kesenian dan kebudayaan masing-masing .
Dan masalah aku mungkin hadapi adalah masalah pembaca . Ini hanyalah pandangan aku , mungkin bila aku buat artikel pasal alat muzik mesti tak ramai yang nak membacanya . hurmm .. apa yang patut aku buat ea

Huh ...
Tension dibuatnya bila difikirkan balik pasal niche blog ni .

Jadi apa pendapat otai-otai pasal permasalahan ni .. buntu aku nak solvekan benda ni .. adess

2 Responses to "Ada ke yang nak baca blog aku ?"

  1. tetap ada yang baca bro, dun wory haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan apa bro , risau takde pengikut/pembaca setia .. hehehe

      Delete