UPSI Juara Pertandingan Rentak Bitara MAKUM 2014

MAKUM singkatan bagi Malam Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia telah berlangsung di Dewan SITC, UPSI pada tahun 2014 buat kali ke-2

rentak bitara 2014 upsi


Pertandingan Rentak Bitara 2014 kali ini telah disertai seramai 10 pasukan antaranya Uitm ,UUM ,Unisza , UPNM , UPSI ,USIM , UTem , UM , USM dan sebagainya .

Saingan yang diberikan oleh para peserta amat sengit terutama sekali saingan dari UiTM , USM dan UM . Kesemua mereka mempunyai pengisian muzik yang padat .


UPSI Juara Pertandingan Rentak Bitara MAKUM 2014
Alhamdulilah , ianya merupakan satu kejayaan yang paling bermakna buat kami apabila berjaya menjadi Johan dalam pertandingan Rentak Bitara kali ini . Johan membawa pulang RM3000 beserta sijil dan Trofi .

Berikut aku selitkan video Pertandingan Rentak Bitara Makum 2014 persembahan dari UPSI .

Senarai pemenang Rentak Bitara 2014 

Johan - UPSI
Naib Johan - UiTM
Ketiga - UM

Persembahan Terbaik - USM
Vokal Terbaik - UTem

Tahniah buat para pemenang !

0 Response to "UPSI Juara Pertandingan Rentak Bitara MAKUM 2014"

Post a Comment