Sudah 1 minggu aku simpan draft pasal artikel yang aku tulis kali ini iaitu mengenai sebuah kawasan yang secara umumnya diketahui dengan keindahan di waktu pagi iaitu Bukit Broga . Baru kali ini aku berkesempatan untuk publishkan dan kongsi bersama korang semua .
Ahad lepas , 28 Sept 2014 , unplanned project , aku dengan kawan aku terjah bukit broga ini untuk lihat sendiri keindahan sepertimana yang digembar gemburkan orang ramai mengenai keindahan takkala matahari terbit dekat kawasan ni .
Bergerak dari tanjung malim pada pukul 5.30 pagi , kami meneruskan perjalanan selama 1 jam 15 minit untuk sampai ke Broga . Nasib baik jalan tak jemm waktu tu , Sesampainya kami ke kawasan tersebut , agak terkejut sebenarnya disebabkan lot parkir penuh di kawasan parkir yang disediakan .
Jam 6.30 pagi , kawasan kaki bukit broga telah dipenuhi dengan pengunjung lain yang memiliki misi yang sama iaitu ingin melihat matahari terbit di atas bukit yang berada 408 meter diatas paras laut .
|
berada di puncak bukit broga |
|
abaikan pandangan mata yang menawan ni
|
Penat sebenarnya nak daki bukit ni , walaupun jarak hanya 1.5 km dan tinggi hanya 408 Meter , tapi ia mengambil masa yang agak lama dalam 45-60 minit untuk berada di puncak , bergantung pada kelajuan dan kelancaran mendaki
Aku cadangkan agar korang pakai pakaian sukan dan kasut yang sesuai dengan keadaan sekitar yang licin dan curam .demi keselamatan diri dan orang lain
|
ada 4 puncak dekat bukit broga ni
|
Tapi bila dah sampai dekat puncak bukit ni , boleh kata suku penat yang kita ada hilang apabila disajikan dengan pemandangan indah di atas bukit ini , dengan suasana matahari terbit dan kabus sejuk , ianya meninggalkan moment yang sangat awesome buat sesiapa yang mengalaminya .
|
antara pengunjung yang datang ke sini |
|
kepuasan terpancar katanya apabila berjaya menawan bukit broga |
|
puas !!!
|
Bila dah sampai tempat macam ni , jangan lepaskan peluang untuk ambil seberapa banyak gambar dan view yang cantik sebabnya dekat atas ni , terlampau banyak sangat view yang menarik . Tapi inagt , berhati - hati ketika mengambil foto di atas batu besar macam aku duduk tu , bahaya , takut balancing badan hilang , korang pun jatuh ke bawah .
Jadi kepada yang belum pergi lagi ke kawasan ini , aku cadangkan korang pakat 3 or 4 orang kawan , panjat sama-sama . best woi .. hehehe memang terbaiklah aku cakap .
hajat nak pergii masih seblm tercapai.....Cantik permandangannya..:D
ReplyDeleteSamalah kita. Hajat nak pergi mmg ada. Tp bila tu tak tahu.
Deleteda lama sebenarnya niat nak naik Broga ni sejak zaman study lagi...sampai la ni tak kesampaian lagi hajat tu..huhu
ReplyDelete