TIPS BLOGGING - Layout Blog Atau Isi Kandungan Yang Penting

Sudah jadi kelaziman bagi sesetengah blogger yang baru berjinak dalam dunia blogging berhasrat untuk memiliki sebuah blog yang cantik dan kemas . Pemilihan warna , susun atur widget serta saiz blog yang diinginkan . Dan sudah pastinya layout akan dipenuhi dengan widget-widget yang mungkin cantik bagi anda .
Tapi pernahkah anda terfikir Layout blog ataupun Isi kandungan mana yang lebih penting ?

faizuddin fuad


Memiliki sebuah blog yang cantik tidak salah malah saya turut galakkan untuk blogger-blogger lain berbuat sedemikian kerana ianya akan menjadi identiti kepada blog anda . tetapi anda perlu ingat , bila customize blog , pastikan blog anda tidak bersepah , berat , serta terlalu banyak widget-widget yang tak penting kerana ia akan menjejaskan mood pembaca .

Cantik tapi kemas itu yang sepatutnya anda lakukan untuk layout blog anda kerana apa bila kemas dan tersusun sudah pastinya pembaca akan tertarik dengan anda seterusnya akan terus mengikuti perkembangan semasa anda. 

Dan paling penting dalam berblog adalah Isi kandungan yang anda hasilkan . Kenapa saya cakap begitu ? kerana pembaca mencari artikel-artikel yang bermanfaat serta memiliki gaya penulisan yang menarik . Hasilkan artikel mengikut kreativiti sendiri dan elakkan dari menjadi blogger yang memiliki sifat plagiat .

Jadi Layout Blog Atau Isi Kandungan Yang Penting ? jawapannya kedua-duanya penting bagi sesebuah blog untuk menarik minat pembaca untuk terus bersama kita .

5 Responses to "TIPS BLOGGING - Layout Blog Atau Isi Kandungan Yang Penting"

  1. Yaa...setuju...layout dan isi kandungan sama-sama penting..

    ReplyDelete
  2. Kedua-dua memainkan peranan yang penting. Penulisan yang mantap ditambah pula dengan layout yang simple dan cantik mudah memikat pengunjugn untuk bertandang kembali.

    ReplyDelete
  3. Betul tu. saya suka layout blog yg kemas dan artikel yg tak plagiat. Tak canti takpe jnji kemas n artikel bersumber.... Tak guna blog cantik tapi entry banyak curi a.k.a plagiat org pnya...
    Blog sy pun sedang dlm kemaskini gak... hehe

    ReplyDelete
  4. Bagi saya kandungan lagi penting dari layout. Layout simple aje sudah memadai.

    Jemput jenguk blog saya dan tinggalkan komen anda.

    http://souqvitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Isi kandungan lebih penting..

    ReplyDelete