Panduan Mendapatkan Ranking Alexa Yang Baik

Ranking alexa yang baik bagi sesebuah blog akan menentukan tahap sesebuah blog itu berada dalam tahap yang tersendiri . Semakin kecil ranking yang dimiliki , semakin baik dan bagus sesebuah blog itu .
Jika anda tidak faham apa itu Ranking Alexa ? anda boleh baca entri Apa Itu Alexa.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Alexa.com


panduan mendapatkan ranking alexa yang baik

Siapa tak kenal dengan blogger otai Malaysia iaitu saudara Hassan Hasrul yang mana blog beliau merupakan antara blog yang terbaik di Malaysia dengan menduduki tempat ke 152. Semuanya hasil usaha beliau dalam menjadikan blog beliau antara yang terbaik sebagai rujukan blogger lain .

Bagaimana Ingin Mendapatkan Ranking Alexa Yang Baik ?

Untuk mendapatkan ranking yang baik , anda perlu lah usaha lebih sedikit , mana ada usaha sikit tapi pulangannya besar . Jika Tanya pada HH bagaimana boleh berada dalam ranking alexa yang baik , sudah pastinya beliau akan memberi ulasan USAHA , USAHA dan USAHA secara berterusan .

Berikut antara panduan/tips yang mampu mendapatkan ranking Alexa yang baik . Diharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu kita bersama .

  • Daftarkan blog anda di Laman Alexa.Com
  • Ini merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan agar kita memperoleh Alexa ID meta tag yang akan diletakkan di dalam blog seterusnya akan mula di analisa oleh alexa.com
  • Update blog setiap hari
  • Tujuan utama mengupdate blog setiap hari adalah bertujuan untuk memastikan blog kita kekal aktif dan sentiasa mempunyai bahan bacaan yang baru
  • Blogwalking
  • Tinggalkan komen membina di blog lain sambil meninggalkan link URL blog anda agar ianya turut menyumbang ke arah peningkatan trafik blog anda
  • Pasang Alexa Toolbar di browser anda
  • Tujuan memasang alexa toolbar ini adalah untuk memudahkan anda menganalisa ranking alexa dengan mudah . 


Ini sahaja yang mampu saya kongsikan dengan anda,sejujurnya saya masi belum layak lagi untuk mengulas topic ini lebih lanjut kerana ranking Alexa saya sendiri masih dalam bilangan yang besar . 

Namun  jika ada blogger yang lain nak tambah dipesilakan untuk kita sama-sama berkongsi ilmu cara nak meningkatkan ranking alexa disini.

1 Response to "Panduan Mendapatkan Ranking Alexa Yang Baik "

  1. usaha usaha dan usaha adalah perkataan yg selalu kita dgr dan kadangkala membuatkan kita mengalah kerana tiada pengajar yg berpengalaman. kadang tips yg dikongsikan adalah samada kurang lengkap atau tidak sepenuhnya kerana takut akan persaingan dan mengambil kesempatan terhadap trafik org yg ingin tahu tentang rahsia kejayaan. itu yg saya perasan walaupon sukar untuk saya nafikan. entahlah. Mungkin kesabaran kena lagi besar dari usaha.

    ReplyDelete