Panduan Menghasilkan Artikel Yang Berkualiti


Dalam dunia blogging , perkara yang menjadi medan antara blogger dan pembaca adalah artikel yang dihasilkan oleh blogger untuk pembaca membaca dan menilai tahap kredibiliti blogger tersebut dalam penulisan yang dihasilkan .

Dengan memiliki gaya penulisan yang mantap dan baik , sudah semestinya pembaca yang membaca artikel dihasilkan itu seronok dan terhibur dengan ‘persembahan’ yang telah ditunjukkan oleh blogger tersebut .
Namun , permasalahannya sekarang , kebanyakkan blogger mengamalkan gaya prinsip plagiat ataupun copy paste . 

Panduan Menghasilkan Artikel Yang Berkualiti


Perkara ini membuat pembaca menjadi muak serta menyampah dengan blog-blog yang banyak menghasilkan topik-topik hangat tetapi copy paste .

Bagaimana untuk Menghasilkan Artikel Yang Berkualiti ?

Sudah semestinya persoalan itu terpacul dalam benak fikiran korang kan, pada saya untuk menghasilkan artikel yang berkualiti ianya satu perkara yang bukan mudah tetapi ianya memerlukan kebijaksanaan blogger tersebut dalam menghasilkan sesebuah penulisan . 

Berikut merupakan sedikit panduan yang saya kongsikan dengan anda bagaimana nak hasilkan artikel yang berkualiti :

  • Kesabaran dalam menulis
  • Kemahiran untuk mengulas 
  • Penggunaan bahasa yang menarik

Mungkin dengan adanya panduan ini , ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda (pembaca/blogger) untuk menghasilkan sebuah artikel yang berkualiti . 

Pastikan sabar ketika mengulas dan pastikan ulasan yang dihasilkan penuh dengan informasi . semakin dikupas semakin berkualiti dan selebihnya adalah berdasarkan kreativiti penulis untuk menambah sedikit rencah untuk memastikan artikel yang dihasilkan itu menarik . 

3 Responses to "Panduan Menghasilkan Artikel Yang Berkualiti "

  1. Walaupun entri anda bukan copy paste, tapi maklumat yg saya mahukan dari entri ini tidak lengkap dan mendalam kupasannya... Isi entri tidak menepati seperti tajuk yang cukup berkualiti!

    ReplyDelete