Apa itu ranking Alexa? ranking Alexa adalah berkaitan trafik blog. Jika semakin kecil nilai ranking Alexa, maka bermakna blog atau laman web tersebut menerima kunjungan dan trafik antara tertinggi di Malaysia dan dunia. Ianya merupakan tools yang digunakan oleh blogger untuk mengenalpasti kedudukan serta tahap pencapaian sesebuah blog .
Untuk mendapatkan ranking yang baik , anda perlu sentiasa mengemaskini artikel artikel baru supaya artikel – artikel anda dapat diindeks oleh Alexa.com seterusnya memperbaiki ranking anda dalam Malaysia dan juga Luar Negara .
Tools ini banyak digunakan oleh blogger yang mementingkan kualiti dan pencapaian blog mereka. Bagi Blog personal saya rasa ianya kurang digunakan kerana blog personal lebih tertumpu pada perkongsian pengalaman dan sudah semestinya trafik yang datang hanyalah dari rakan-rakan mereka sendiri .
Selain daripada itu , Ranking Alexa tidak dipengaruhi oleh bahasa yang anda gunakan . tak kiralah sama ada anda menulis dalam BI ataupun BM ,alexa tetap akan mengindeks content yang terdapat di dalam blog anda .Yang penting anda perlu sentiasa mengupdate artikel-artikel terbaru di dalam blog agar ranking anda bertambah baik dari hari ke hari .
Di harap dengan perkongsian ini dapat memberi input kepada blogger-blogger lain yang kurang mengetahui mengenai Alexa.com .
0 Response to "Apa itu ranking Alexa? "
Post a Comment