OPPO N1 - Revolusi Smartphone

Telefon Bimbit berjenama OPPO dengan keluaran produknya N1 telah berjaya membawa satu perubahan bagi pengguna smartphone untuk bertukar angin untuk memilik N1 sebagai gadjet terbaru . Oppo merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di China telah menghasilkan sebuah smartphone yang memiliki ciri-ciri yang elegan serta versatile dan sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat .



Telefon bimbit OPPO N1 di datangkan dengan ciri terbaru dan istimewa dan tiada pada smartphone lain adalah keunikan kameranya yang mana boleh diputar sehingga 206 darjah . Dan keupayaan tahan rosak selama 10 tahun telah dijalankan oleh syarikat OPPO . 


Selain daripada itu , N1 juga dilengkapi dengan fungsi yang sama dengan smartphone lain tetapi ianya lebih BIJAK dengan kameranya 13 Megapixel serta mempunyai kawalan sentuhan yang lebih canggih . Selain itu , N1 mampu beroperasi lebih dari 12 jam dan ianya direka untuk golongan muda yang sukakan photography .


Keistimewaan N1 adalah ia mempunyai sistem keselamatan yang dipertingkatkan yang dikenali sebagai O-Click . Ianya berfungi sebagai remote control untuk mengambil gambar dari jarak yang jauh , mencari telefon jika hilang dan notification .


0 Response to "OPPO N1 - Revolusi Smartphone"

Post a Comment