9 Rahsia Wanita

Wanita merupakan pasangan bagi lelaki , yang mana akan menjadi peneman hidup setelah di ikat dengan ikatan perkahwinan yang sah . Wanita juga turut menjadi tulang belakang bagi seseorang lelaki yang mana mereka akan bertindak sebagai penyokong tegar dan sentiasa memberikan semangat untuk kita terus berusaha mencapai apa yang di impikan . 



Namun adakah anda tahu 9 Rahsia Wanita ? Disini saya kongsikan sedikit sebanyak 9 rahsia wanita yang semua lelaki harus ambil tahu kerana ianya sedikit sebanyak dapat menjadikan hubungan anda lebih baik dan berkualiti . 

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

0 Response to "9 Rahsia Wanita"

Post a Comment