Sebagai seorang blogger , anda seharusnya mengetahui serba sedikit ilmu mengenai SEO yang mana ianya amat membantu kita dalam dunia blogging ini . Tidak perlu untuk menjadi pakar dalam SEO tapi cukup sekadar tahu dan di praktikkan dalam blog kita , Tujuannya agar blog kita mudah di indeks oleh search engine .
3 cara mudah untuk meningkatkan SEO blog
Dalam artikel ini , saya akan berkongsi dengan anda tips mudah mengenai SEO dan ianya mudah difahami oleh blogger .
1. Tentukan kata kunci
Apabila anda menulis post/artikel , ia adalah perlu untuk memilih kata kunci yang sesuai untuk teks anda. Apa yang anda mahu kata kunci ini atau jangka untuk dicari di Google dan kemudian mendapatkan post anda antara bahagian atas. Untuk ini, ia adalah perlu untuk menggunakan kata kunci ini beberapa kali dalam teks.
Sebagai contoh, di sini kata kunci boleh SEO, tetapi istilah ini terlalu general/umum dan saya tidak boleh mendapatkan carian di atas untuk carian ini. Jadi saya akan bekerja dengan satu kata kunci yang panjang, sebagai contoh "Cara mudah untuk meningkatkan SEO blog". Saya akan menggunakan istilah ini beberapa kali dalam posting yang dilakukan . Tetapi perlu di ingat agar tidak keterlaluan .
2. Gunakan kata kunci dalam tajuk Artikel
Dengan menggunakan cara ini , akan berlakunya pengulangan kata kunci dalam artikel yang dihasilkan dan hasilnya ia akan memudahkan search engine untuk mengindeks blog kita agar berada dalam carian utama
3. Tulis isi kandungan lebih daripada 300 patah perkataan
Tujuan kita menulis lebih daripada 300 patah perkataan adalah untuk menunjukkan penerangan kita mengenai artikel yang di hasilkan berkualiti serta lengkap . Artikel yang berkualiti akan sentiasa berada di carian utama search engine kerana mendatangkan manfaat kepada pengguna . Jadi janganlah sambil lewa dalam menghasilkan artikel kerana kelak ia akan memberikan kesan kepada blog kita sendiri
Diharap dengan perkongsian ini , ianya dapat dipraktikan oleh kalian agar dapat meningkatkan mutu blog anda dengan teknik-teknik SEO mudah ini .
cara di atas ini termasuk dlm on-page SEO.. jgn lupa juga off-page SEO iaitu distribution content.. :)
ReplyDeletebro, jelaskan apa itu distribution content.?
Deletebro ada kod HTML untuk "Anda Ingin Membaca"??
ReplyDeletetukar sendiri dalam template je .. ini bukan linkwithin tpi default template da sediakan
DeleteYang tips no 3 tu, macam mana kalau entri berbentuk video/flash/gambar?
ReplyDeletetakkan semuanya flash kan . mesti akan ada penulisan . so dekat penulisan tu tekankan keyword yg ingin digunakan
DeleteSo, kalau kurang dari 300 perkataan pun, tak de effect ke? Tips no 3 tu ada mention tulis lebih dr 300 perkataan kan
Deletesalam...maaf bertanya...mcm mana nak tau jumlah word entry kita?
ReplyDeletekira! ;)
Delete