Pencarian Ikon Patriotik (AKU IP)

Program Pencarian Ikon Patriotik (AKU IP) merupakan pertandingan anjuran Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan sebagai platform program patriotisme yang berbentuk lebih santai dan boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat.
   
  Pertandingan berkonsepkan perlumbaan realiti yang bertemakan ‘Anak Malaysia Jiwa Merdeka’ ini akan diadakan pada 14 Ogos 2014 hingga 17 September 2014 selama lebih kurang 35 hari. 



  SYARAT-SYARAT PENYERTAAN      
   
  Pihak penganjur berhak untuk meminda tempoh dan tarikh pertandingan serta syarat penyertaan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberi notis terlebih dahulu.  
   
  Warganegara Malaysia.  
   
  Anak watan sesebuah negeri di Malaysia.  
   
  Berumur 21 hingga 40 tahun.  
   
  Fasih berbahasa Melayu.  
   
  Boleh berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris.  
   
  Mempunyai pengetahuan am yang baik.  
   
  Sihat tubuh badan. Sertakan sijil pengesahan doktor yang 
                        mengakui peserta sihat dan boleh mengambil bahagian 
                        dalam aktiviti fizikal.  
   
  Bersedia untuk mengambil bahagian dalam semua tugasan 
                        (sporting) yang mungkin berbentuk mental atau fizikal.  
   
  ¯ Setiap pasukan dua (2) orang sama ada lelaki atau 
                        perempuan atau campuran. Kedua-dua peserta perlu 
                        merupakan anak watan dari negeri yang sama di Malaysia.  
   
  Status perhubungan ahli pasukan adalah bebas sama ada 
                        adik beradik, suami isteri, kawan dan sebagainya.  
   
  ¯ Keutamaan diberikan kepada setiap pasukan yang 
                        mempunyai komposisi campuran kaum dan etnik seperti 
                        Melayu dan Cina atau Cina dan India atau Iban dan Melanau 
                        atau sebagainya.  
   
  Mempunyai lesen memandu (B2,D) yang sah.  
   
  Bebas daripada kesalahan jenayah.

HADIAH PERTANDINGAN


Hadiah-hadiah bagi pertandingan ini merupakan wang tunai dan dibahagikan kepada dua (2) peringkat iaitu Hadiah Mengikut Kategori dan Hadiah Peringkat Cabaran Negeri.



Hadiah pertandingan adalah seperti berikut :

i.     Anugerah Ikon Patriotik – RM 100,000.00 


ii.    Anugerah Berpasukan – RM 50,000.00


iii.   Anugerah Pasukan Popular – RM 30,000.00


iv.   Hadiah Setiap Cabaran Negeri – RM 5,000.00



PERHATIAN



Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 16 Mei 2014.  
   
  Saringan Pemilihan Awal oleh pihak Biro Tatanegara ialah pada 24-25 Mei 2014 jam 9.00 pagi-12 tengahari. Pendaftaran yang lewat ketika Saringan Pemilihan Awal tidak akan dilayan.  
   
  Borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan boleh diperolehi dan dihantar menerusi permohonan di laman web secara atas talian (online) di www.ikonpatriotik.com  
   
 

Hanya peserta yang mendaftar atas talian sahaja (online) yang boleh menghadiri sesi Saringan Pemilihan Awal. Sila bawa bersama borang pendaftaran yang telah dicetak beserta sijil kelayakan semasa sesi Saringan Pemilihan Awal.

0 Response to "Pencarian Ikon Patriotik (AKU IP)"

Post a Comment