5 Punca Blog Tiada Komen

Kenapa blog aku kebelakangan ini jarang orang komen atau kadang-kadang lansung tiada komen yang singgah masuk dalam mana-mana entri yang telah aku hasilkan?. Sejak kebelakangan ini, senang kata sejak dua bulan yang lepas, blog ini telah terbiar usang tanpa mengawasan serta penjagaan yang baik dari aku disebabkan ada beberapa masalah antaranya capaian internet serta kekangan masa yang menyebabkan aku tak update blog ni dengan begitu lama sekali.

Dan apa yang aku dapat sekarang adalah kesan setelah dua bulan aku tak update blog ni. Semuanya hancur berkecai. Dari pengamatan aku, terdapat beberapa faktor utama yang telah menyumbang kepada kejatuhan blog aku dari segi komen ataupun ulasan-ulasan yang ditinggalkan oleh pembaca.

5 Punca Blog Tiada Komen

Jika sebelum ini, aku boleh katakan akan ada komen-komen baru yang masuk ke dalam blog setiap hari, tak kira entri lama ataupun baru, ianya sudah cukup untuk memberitahu aku yang ada pembaca singgah dan melontarkan pendapat tapi sekarang tidak lagi .

Jadi, aku hari ni nak kongsikan 5 punca mengapa blog tiada komen dari pembaca yang telah aku lalui ketika ini :


  1. Kurang blogwalking ke blog orang lain. Macam aku cakap tadi la aku langsung tak amik berat pasal blogging sepanjang 2 bulan ini 
  2. Entri tak update. Ini merupakan faktor yang paling utama yang aku dapat simpulkan sebabnya pembaca yang singgah di blog kita sudah pastinya inginkan sesuatu yang baru dan terkini
  3. Layout blog tak menarik. Ia juga turut main peranan untuk menarik minat pembaca untuk meninggalkan komen di dalam blog kita
  4. Tulisan yang kecil. Perkara ini menyukarkan pembaca untuk membaca sekaligus buat mereka menyampah nak tulis komen
  5. Penulisan entri yang tiada keistimewaan. Itu kelemahan aku 
Buat masa ni, tu jer yang aku dapat detect. Hope korang yang baca entri ni boleh la tinggalkan komen sikit bagi hati aku gembira melihat komen-komen baru masuk. Rasa feymes sekejap nanti. HEHEHE

Walau apapun aku nak ingatkan dekat korang, kalau nak jadi blogger hebat, kena sabar dan konsisten dalam perkara yang kita lakukan, jangan bersemangat awal-awal jer, lepas tu layu . 

8 Responses to "5 Punca Blog Tiada Komen"

  1. Hahahhaa...nampaknya masalah ni lebih kurang masalah ambe juga.
    Apapun, teruskan menulis entry yang bagus-bagus.
    Tu pesan sifu ambe. Memang susah nak konsisten tapi at least kita cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah akan terus menulis entri yang baik serta bermanfaat untuk semua ..

      Delete
  2. Sama la kita. Blog walking dan update blog pun dah jarang akibat kekangan masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ubah cara tu , seboleh - bolehnya kena blogwalking walaupan sikit ..
      nak jaga kualiti blog kita

      Delete
  3. blogwalking mmg jarang sgt buatnye,, lpas ni kne jg betul2,,tq atas info tu.
    http://umikhalsumbtsaad.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Kena rajin-rajin kan blogwalking tu salah satu cara yang bagus :-)

    ReplyDelete
  5. point no 1 & 2 tu saya setuju.. bila dah agak lama tak blogwalking dan update entry baru, bukan setakat takda komen, kurang jgk visitor ke blog. Once blog dah update new entry, rajin blogwalking dan leave comment dkt blog org lain, then at least mereka akan return visit ke blog kita :)

    point 3 -5, not much comment on that. hee...

    ReplyDelete