9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Cuaca panas yang melanda negara kita sedikit sebanyak akan mendatang kemudaratan kepada kita dan orang awam lain . Cuaca panas ini berlaku akibat kekurangan hujan dan juga perubahan ekuinoks . Suhu 38c dijangka akan melanda sepanjang perubahan cuaca kali ini.

Jadi, apabila suhu sekeliling berubah secara agak luar biasa, maka sedikit sebanyak tahap kesihatan kita akan terganggu disebabkan cuaca yang terlampau panas .

Berikut aku nak kongsikan pada korang semua 9 tips untuk kekal sihat di musim panas :


  1. Banyakkan minum air suam tanpa mengira tahap aktiviti yang dijalankan
  2. Minum minuman isotonik seperti Revive,100plus untuk menggantikan garam yang hilang dari badan akibat berpeluh
  3. Lebihkan masa di dalam rumah, pejabat dari berada di luar rumah 
  4. Gunakan pelindung kepala untuk mengurangkan pancaran haba terus ke kepala dan badan kita
  5. Buka kipas dan aircond
  6. Pakai pakaian yang berwarna terang serta nipis dan juga longgar agar adanya pengaliran udara untuk badan agar kurang berpeluh
  7. Jangan duduk di dalam kereta yang tertutup tanpa aircond
  8. Beli dan pakai losyen sunblock 
  9. Jangan minum minuman berkafein dan alkohol
Credit kepada page : NajibRazak atas perkongsian ini

0 Response to "9 Tips Kekal Sihat Di Musim Panas"

Post a Comment