Mini Recital Semestar 5 Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan UPSI

Selama seminggu masa telah diambil oleh pelajar diploma muzik Semestar 5 bagi tahun 2015 untuk melaksanakan persembahan akhir secara individu dan penilaian dilakukan terhadap mereka melalui penysarah yang terlibat .

Mini Recital merupakan satu persembahan akhir yang akan dilalui setiap pelajar untuk melihat pencapaian mereka dalam major instrument ataupun alat muzik yang dipilih. Penilaian ini akan dihadapi semua pelajar semestar 5 .


Penilaian dilakukan mengikut Instrument yang dipilih yang mana telah diberikan jadual waktu agar ianya lebih sistematik . Pada aku , persembahan yang ditunjukkan sememangnya mereka di kelas yang tersendiri. Ada persembahan yang aku katakan superb dan ada yang biasa . Tapi jangan putus asa , main muzik ni yang penting perlu rajin praktis dan ianya memakan masa .
Dalam persembahan akhir ni , aku minat sangat dengan quotes abang bobo yang mana dia bagitau bahawa kita (diri sendiri) yang menentukan persembahan kita itu sebagai exam ataupun show .. semuanya bergantung pada kita dan aku sangat setuju dengan pendapat abang bobo .

Seperkara yang aku lihat sepanjang Mini recital berlangsung , ada sesetengah peserta mengalami performer enxiety yang mana mereka gugup yang teramat apabila berda di atas pentas dan sedikit sebanyak ia menggangu kelancaran persembahan . Jadi aku nak kongsikan sedikit tips bagaimana untuk mengatasi masalah terebut 

Cara mudah untuk mengatasi masalah Performer Enxiety :
1. Tarik nafas dalam-dalam dan cuba bertenang
2. Pastikan anda bergerak aktif beberapa minit sebelum persembahan bermula (berbual-bual,lari-lari anak dan sebagainya bagi anda warm up)
3. Minum air sebelum persembahan
4. Jangan hirau suasana sekeliling

Enjoy the show and delivery your soul through your instruments , baru orang dengar meremang bulu roma ye dak . Hahahaha ..

0 Response to "Mini Recital Semestar 5 Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan UPSI"

Post a Comment