Insfrastruktur Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan UPSI Dipertingkatkan

Selama 3 bulan aku sebagai pelajar muzik di Fakulti Muzik dan seni persembahan,UPSI yang tidak menjenguk ke fakulti tersebut , telah pelbagai penambahbaikkan serta kerja-kerja naiktaraf sedang giat dijalankan untuk menjadikan fakulti mesra pengguna . 

Pada aku ianya merupakan satu langkah serta usaha yang sangat baik bagi mendorong para pelajar untuk lebih kerap berada di fakulti untuk berlatih serta menjadikan fakultiku , rumahku . macam gitu la bunyi dia .. Memang Awesome laa ..


Antara insfrasturktur yang sedang giat dijalankan adalah membina kawasan ala-ala rekreasi yang mana para pelajar boleh lepak-lepak senang kata duduk rehat di kawasan sekitar fakulti dengan disajikan pemandangan hihjau yang indah . hahaha ..

Selain daripada itu juga , fakulti muzik turut menyediakan sebuah studio rakaman yang beroperasi dengan menggunakan peralatan canggih dan terbaru serta dikendalikan oleh pakar jurutera bunyi . Masa awal-awal aku masuk UPSI dulu , takde pun studio-studio bagai ni , tapi makin lama makin maju dan fasiliti yang semakin hebat mewarnai fakulti ini ..

Sayang giler dengan suasana kat sini . Pensyarah , kawan-kawan , junior serta staff dan lain-lain lagi semuanya saling memahami antara satu sama lain bagaikan ahli keluarga besar aku dekat sini .


2 Responses to "Insfrastruktur Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan UPSI Dipertingkatkan "

  1. Replies
    1. ouh .. upsi shortform untuk universiti pendidikan sultan idris yang berada di Tanjung malim , perak

      Delete