TMJ Bakal Melangsungkan Pertunangan

Desas desus mula hebat dibicarakan di laman media sosial mengenai Tunku Ismail , anakanda Sultan Ibrahim , Sultan Johor bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis jelitawan hujung tahun ini . Walaupun tiada lagi laporan rasmi namun seperti biasa , cerita panas sebegini mudah tersebar kerana populariti TMJ yang juga selaku Presiden PBNJ ini.

TMJ kahwin

TMJ Bakal Melangsungkan Pertunangan 

Dikenali sebagai Cik Khaleeda Binti Bustamam dan berusia lingkungan 20an, gadis ini dipercayai sudah berjaya menambat hati keluarga dan kerabat Johor lain.


Sebagai bukti Cik Khaleeda kelihatan menemani TMJ di perlawanan bola sepak yang turut dihadiri adinda baginda, Tunku Aminah .


Jika benar Cik Khaleeda adalah pilihan hati TMJ dan mereka bakal disatukan tidak lama lagi, maka cerita perkenalan pasangan ini pasti menarik perhatian seluruh negara.

Ia kerana kisah cinta mereka boleh diibaratkan bagai dongeng dalam buku cerita di mana putera raja yang menjadi kegilaan ramai perempuan akhirnya memilih seorang rakyat biasa .


2 Responses to "TMJ Bakal Melangsungkan Pertunangan "

  1. Yang mana satu nih. yang depan ke..yang sebelah tmj?

    ReplyDelete
  2. bro titan , yang depan (baju putih ) tu tun aminah , adik TMJ , khaleeda yang belakang baju biru gelap tu

    ReplyDelete