Mencari Malam Lailatul Qadar Di 10 Malam Terakhir | 10 malam terakhir di bulan ramadhan di nantikan oleh setiap insan yang ingin bertemu dengan malam penuh barakah ini .
Lailatul qadar merupakan malam yang mana ianya lebih baik dari 1000 bulan . Bukan maksud kat sini bulan lain tu tak bagus , tapi malam lailatul qadar ini lebih bermakna dan dipenuhi dengan rahmat berbanding bulan-bulan yang lain .
Menjelang 10 malam terakhir ini , kita dianjurkan agar perbanyakkan amalan dan carilah malam yang penuh barakah ini kerana barang siapa yang berusaha mencarinya . Insyallah , kita pasti akan berjumpa dengannya .
Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.“
Daripada Aishah r.a telah berkata : “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)
TANDA- TANDA MALAM LAILATUL QADAR
Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang Lailatul Qadr. Lalu Baginda bersabda, “lanya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir.
Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.
- Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan
- Di antara tanda-tandanya ialah keadaannya terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, lidaklah terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk.
- Seolah-olah bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian).
- Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.
- Di antara tanda-tandanya lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat. la terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama.
- Allah سبحانه وتعالى telah mengharamkan syaitan keluar bersamanya pada hari itu. (Sebaliknya pada hari-hari yang lain syaitan akan muncul di tempat matahari terbit.)
(Hadith riwayat Ahmad, al-Baihaqi, Muhammad bin Nasr dan lain-lain – Durrul Manthur)
0 Response to "Mencari Malam Lailatul Qadar Di 10 Malam Terakhir "
Post a Comment