Felixia Yeap satu nama besar dalam dunia model . Berpakaian seksi dan memiliki bentuk tubuh badan yang sudah pastinya mampu membuat semua mata yang memandang tidak berkelip . Namun , segalanya berubah apabila dia telah dipilih olehNya untuk melakukan penghijrahan yang amat positif .
Jika tiada halangan, Insya Allah saya akan mengucap kalimah syahadah pada Ramadhan ini bersempena tarikh lahir saya pada Julai depan. Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya upaya mencari masa untuk membaca buku agama. Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas da ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam.
Saya bersabar saja dan berharap orang ramai kuarngkan prasangka buruk. Saya tidak marah tapi saya kadang-kadang terguris dan kecewa dengan orang berfikiran terlalu negatif serta berkasar bahasa dengan saya.Berikut merupakan penerangan Felixia Yeap mengenai pemakaian jubah dan bertudung yang telah menjadi cara hidupnya sejak kebelakangan ini . Begitu mudah untuk Allah mengubah haluan hati kita dari seorang yang jahil menjadi seorang yang lebih baik dan menutup aurat .
Pakaian Muslimah lebih sejuk dan manis dipandang malah lebih dihormati semua terutama lelaki. Pakaian menutup aurat juga memberi ketenangan hati pada diri dan orang di sekitar berbanding pakaian yang seksi.
Rania Nama Islam Pilihan Felixia Yeap
Suatu malam, selepas beberapa bulan memakai hijab saya bermimpi. Dalam mimpi itu, saya melihat sepotong nama daripada cahaya yang cukup bersinar-sinar.
"Peliknya, sebagai seorang yang jarang mengingati mimpi, saya bangun tidur dan boleh merakam semula momen mimpi saya.
"Paling ketara ialah tentang nama yang tertulis di dada langit dengan cahaya bersinar-sinar itu buat saya. Apabila saya mencari maksudnya, ia cukup indah," ceritanya bersungguh-sungguh.
Ditebak adakah itu nama yang bakal digunakan sebaik dia memeluk Islam, pantas dalam senyum yang begitu manis Felixia mengangguk.
"Ya, itulah nama Islam saya sebaik saya mengucap dua kalimah syahadah pada Julai ini. Saya percaya semua ini aturan olehNya yang terbaik buat saya. Saya amat bersyukur," ujarnya. - Kosmo OnlineBuat semua kalian pembaca budiman, moga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan sesuatu yang baik untuk kita renungi, khususnya tentang amalan dan kewajipan kita sebagai muslimin dan muslimat. Nilai dan renungkan tahap keimanan dan ketakwaan kita dalam Ibadah yang dilakukan .
0 Response to "Rania Nama Islam Pilihan Felixia Yeap"
Post a Comment