Jika ya , saya akan berikan beberapa petua yang boleh kita amalkan agar mudah untuk bangun bersahur .
1) Disiplinkan waktu tidur kamu. Sekiranya kamu tidur lewat, badan kamu akan terasa letih dan tidak bermaya. Jadi sukar untuk kamu bangun awal. Oleh itu, pastikan tempoh tidur kamu mencukupi agar badan kamu terasa segar.
2) Amalkan mengunci jam loceng awal setengah jam daripada waktu bersahur. Takut-takut manalah tahu, kamu tertidur semula. kamu tersedar, kamu tidak perlu risau kerana kamu masih mempunyai waktu yang selebihnya.
3) Cuba elakkan daripada terlebih aktif di siang hari kerana, apabila badan mengambil masa yang lama untuk untuk ''recharge'' semula badan kamu di waktu malam. Ia akan menyebabkan kamu sukar untuk bangun sahur.
4) Jangan bergantung pada satu jam loceng kunci jam di telefon bimbit kamu juga. Bak kata orang ada ‘backup plan’. Ataupun, cuba kamu kuncikan beberapa jam loceng yang ada dan pastikan setiap jam yang di kunci itu bezanya 5 minit. Kamu akan dapat hasilnya.
5) Sebelum tidur, elakkan daripada makan makanan yang terlalu mengenyangkan perut. Maklumlah, tidur dalam keadaan yang terlalu kenyang nikmat rasanya. Takut-takut pula terlajak waktu.
6) Pasang niat untuk bangun bersahur pada masa yang ditetapkan. Selalunya jika kamu berniat pada waktu malam, insyAllah, kamu akan terjaga dengan sendirinya nanti.
7) Minta bantuan ahli keluarga kamu untuk mengejutkan kamu juga. Jadi tidaklah kamu terlepas untuk bersahur.
8) Elakkan tidur berselimut. Kerana, ia akan membuatkan kamu selesa di tempat tidur dan terlena dibuai mimpi.
Very good tips:)
ReplyDeleteLepas sahur kalau terus tidur pon tak elok sebab boleh kene GERD.. lagi teruk..
ReplyDeletetrain badan supaya bangun awal. itu je aku buat. hoho
ReplyDeletebenda ni dah wat lama. sejak zaman sekolah. so..badan dah terbiasa bangun awal. tak perlu tunggu nak bukan puasa barulah nak bangun awal. kan?