Kapal Terbang MH17 Terhempas Di Ukraine

Kapal Terbang MH17 Terhempas Di Ukraine Dipercayai Ditembak  |  menjelang 10 ramadan yang terakhir pada tahun ini , aku terkejut sangat apabila baru sahaja dapat informasi mengenai kemalangan yang melanda MH17 yang mana pesawat ini terhempas di Ukraine.
MAS BUAT PENGESAHAN

MAS telah mengeluarkan statement setengah jam yang lalu yang mana mereka memberitahu menara kawalan hilang hubungan dengan MH17 dan lokasi terakhir berada di ruang Udara Ukraine . Kapal terbang MH17 memulakan perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur , Malaysia .


Gambar dibawah dipercayai bangkai pesawat MH17 yang terhempas akibat ditembak . Jumlah penumpang dan krew masih belum dikeluarkan secara rasmi dari pihak MAS . Benda nie baru terjadi ( 11.40 pm) so , details semua belum dikeluarkan dari MAS .


Mengikut FlightRadar , lokasi terakhir MH17 adalah sewaktu memasuki ruang udara negara Ukraine .


Pada pendapat aku , mungkin dalam pesawat tersebut , adanya rakyat malaysia yang ingin kembali ke tanah air untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bersama keluarga . Walau apapun , aku berdoa agar keluarga mangsa di kuatkan hati dan di harap keajaiban akan berlaku .

Nantikan perkembangan terkini dari aku . keep in touch guys !

Kalau korang nak share artikel ini dipersilakan , tapi bila korang nak copy , tolong kreditkan dekat blog aku ini . 

1 Response to "Kapal Terbang MH17 Terhempas Di Ukraine "