Jangan Ponteng Puasa Kawan

Setiap kali ramadan menjelma sudah pasti , pelbagai kerenah serta ragam kawan-kawan kita akan muncul . Ada yang kaki bazaar , ada yang otak bisnes dan tak kurang hebatnya ada yang kaki ponteng puasa . Kaki ponteng puasa ni kalau alone or bersendiri oklah lagi tapi lagi teruk siap tubuhkan kumpulan kecil untuk dieorang laksanakan tugas mereka .


Nak Tegur salah tak tegur pun salah ?

aku tahu mungkin dalam kalangan korang alami masalah yang sama dengan aku kan . Nak ditegur kawan , kalau tegur mulalah melenting sana sini tapi kalau tak tegur , kita bersubahat dalam perkara ni . Pada aku , aku akan tetap tegur dieorang supaya puasa sebab benda ni ibadah yang wajib kita laksanakan sebagai seorang muslim .

Tapi kalau korang nak tegur biar kena gaya , tempat dan sebagainya . Sekurang-kurangnya kita jaga aib dia , menegur bertujuaan dengan niat ingin membantu bukan niat untuk memalukan . Tegur kawan korang tu secara personal tak pun sekarang zaman teknologi , hantarlah pesanan ringkas gunakan aps yang tersedia . Bukan untuk busy body , tapi kita care pasal dieorang dalam bab puasa .

Jadi kalau korang dah tegur tu , dah terlepas tugas korang . At least korang dah lakukan yang sepatutnya untuk bantu dieorang . Yang penting , diri sendiri kena betul dulu baru kita boleh tegur orang lain . kalau diri sendiri pun tak betul , 2 x 5 jer lah jawapnya

4 Responses to "Jangan Ponteng Puasa Kawan "

  1. btol tuu.. sebelum tegur kena pbetulkan niat kita sdiri dlu.. pastikan niat kita tuu baik, ntuk mbantu perubahan si dia yg kita nak nasihat tuu =)

    ReplyDelete
  2. Aku kalau tegur suka dengan cara menyindir. :)

    ReplyDelete
  3. hahaha.. masing - masing ada cara tersendiri untuk tegur kawan masing - masing :D

    ReplyDelete
  4. dah dewasa nih..memang tak la nak ponteng. dah besar sangat ni. takkan la tak mampu kot nak berpuasa.

    ReplyDelete