Seperti yang kita tahu , kemalangan kali ini melibatkan negara kita , Malaysia , Ukraine serta Russia . Hal ini bersangkutan antara satu sama lain kerana ada pihak kononnya telah mengeluarkan kenytaan "tertembak" flight MH17 milik Malaysia .
Rasanya itu alasan paling bodoh pernah aku dengar dari pihak yang membuat kesilapan . hurm . Dan apa yang aku dapat lihat peristiwa kali ini , ianya menjadi rumit kerana ianya melibatkan kuasa besar dunia ( russia ) dan negara kita yang kecil ini .
Tapi perasan tak anda ? siapa yang lebih kuah dari sudu dalam episod MH17 ini ? Ayuh kita bincangkan .
USA Umpama Ketua Mahkamah Dunia
USA yang diketuai Presiden Barrack Obama dilihat sebagai ketua hakim mahkamah dunia apabila bertindak lebih ke depan berbanding main country yang terlibat . Kelakuan USA ini dapat diibaratkan seperti lebih kuah dari sudu .
Mengapa terjadi begini ? Sudah pastinya mereka mempunyai perancangan tersendiri dalam mencetuskan perbalahan dan tiket untuk mengusai sesebuah negara seperti mana yang berlaku pada Iraq dan Syria . Presiden Barrack Obama mengeluarkan kenyataan " jangan usik bahan bukti MH17 di kawasan Kemalangan" dan sanggup menghantar 1 unit khas untuk menyiasat perkara ini .
Najib Bertindak Bijak
Terima kasih DS Najib, satu keputusan yang tepat . Bukan apa, kita dah jemu dengan "bantuan" daripada Amerika yang akhirnya tidak menyelesaikan masalah Dalam kes MH370 yang lepas, blok Barat bagi petunjuk itu, petunjuk ini.. akhirnya kita yang terbelit .Alhamdulillah, bakal ada sidang tergempar bagi membahaskan MH17 di Parlimen. DS Najib juga bertindak bijak dengan bersetuju menerima bantuan Presiden Vladimir Putin.
Persoalan Demi Persoalan Timbul
Antara persoalan yang terpacul dari benak fikiran aku mengenai MH17 adalah :
1)negara mana yang bertanggungjawab?
2) adakah negara tersebut pro US atau pro Russia?
3) kalau pro-US, mampukah Malaysia mengisukan dakwaan ke atasnya?
4) kalau pro russia, sudah pasti US akan masuk campur tangan ke dalam kes ini (campur tangan sampai tahap mana? )
5) kalau negara tersebut pro-US dan digugurkan dakwaan menerusi veto US, negara mana yang akan berani sokong Malaysia?
6) kalau negara itu pro Russia, mungkinkah negara anti US akan sokong Malaysia? Kemudian Malaysia dicop sebagai menentang US? Apa akan jadi selepas tu?
Doakan Yang Terbaik Buat Malaysia
Pada pendapat peribadi aku , aku lebih percaya sikit Russia berbanding USA dalam kes ini . Biarlah Russia yang membantu Malaysia dalam kes MH17 ini . Walau apapun , Semoga Allah mempermudahkan Malaysia dan memberikan keamanan dan kesejahteraan berterusan , mencucuri rahmat ke atas roh para penumpang dan anak kapal serta memberi ketenangan kepada keluarga mangsa.
*Ini hanyalah pandangan serta pendapat yang aku lontarkan . bukan spekulasi ataupun rumours . Apabila sel sel neuron berhubung jadilah artikel ini .
*Ini hanyalah pandangan serta pendapat yang aku lontarkan . bukan spekulasi ataupun rumours . Apabila sel sel neuron berhubung jadilah artikel ini .
Confius.....lebih kuah dr sudu...atau...lebih sudu dr kuah...ermmmmmmmmmmmmmmmmm..sori..
ReplyDelete