MH17 : Selamatkan Malaysia Dari Di Aniaya

Berita yang mengejutkan seluruh dunia dan lebih mengejutkan lagi adalah ianya berkait lagi dengan negara kita Malaysia dan MAS . Hari ini kita telah dikejutkan dengan berita MH17 ditembak dan terhempas di Ukraine .

Terdapat pelbagai ulasan yang semakin banyak di sebarkan oleh pihak media dan juga bloggers tapi aku kat sini nak bagitau dekat korang agar jangan mempercayai berita tersebut 100% kerana itu semua kenyataan yang belum di sahkan oleh kerajaan . 


Peristiwa Hitam Buat Malaysia

awal tahun kelmarin kita menerima berita kehilangan MH370 , dan sekarang kita terima sekali lagi berita yang sungguh mengejutkan iaitu MH17 yang terhempas kerana di tembak . Peristiwa ini menguji kewibawaan para pemimpin Malaysia untuk menangani masalah ini dan semua mata tertumpu pada negara ini , ada yang ikhlas menolong dan ada tangan-tangan luar yang cuba campur tangan dalam urusan negara .


Peperangan Dunia Ke-3 Bakal Meletus ?

Sekarang ini , Malaysia merupakan sebuah negara kecil yang lantang bersuara dalam pelbagai isu antaranya isu yang sedang berlaku seperti isu peperangan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin . Mungkin hal ini sedikit sebanyak membuat sesetengah pihak berasa tergugat dengan kelantangan Malaysia bersuara dalam membela Palestin .

Dunia semakin kucar kacir , negara besar ingin menindas negara kecil dan menjajah negara tersebut . Apa yang bermain dalam kepala otak aku , adakah mereka ( kuasa besar) ingin menjadikan Malaysia sebagai umpan untuk mencetuskan perang dunia . Seperti yang kita tahu , Rusia , USA dan sebagainya merupakan kuasa besar dunia dan mereka mampu untuk mencetuskan peperangan kerana mereka dilengkapi dengan kelengkapan masing-masing .

Apa ada dengan Malaysia ? kita hanya sebuah negara kecil yang sedang membangun dan mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan semua negara kecuali Israel .Mungkin disebabkan Malaysia tidak mempunyai masalah dengan negara lain , kita dijadikan umpan agar tercetusnya perbalahan dan peperangan . Wallahualam .

Dunia Akhir Zaman

Memang benar , jika kaitkan dengan agama , kita sebenarnya sudah berada di akhir zaman , dan kiamat bila-bila sahaja akan berlaku , tinggal masa dan ketika sahaja . Perkara yang benar dianggap salah , perkara salah pula dianggap benar . Sebab itu , dalam Islam kita di ajar untuk menghafal 10 ayat pertama surah Al-khafi agar terlepas dari fitnah Dajjal .

apa yang aku tulis ini hanyalah pendapat aku sahaja . dan aku tahu korang pon ada pandangan tersendiri mengenai kejadian yang berlaku , tapi kat sini aku nak ajak korang agar support barisan pemimpin kita serta negara kita . bersatulah dan usahlah bercakaran kerana apabila 2 pihak bercakaran akan ada pihak ke 3 akan mengambil kesempatan .

5 Responses to "MH17 : Selamatkan Malaysia Dari Di Aniaya"

  1. Takziah buat keluarga mangsa :(

    ReplyDelete
  2. kesian plak dah aku tengok najib dengan hishamudin nih. 2 kali kes nahas kapal terbang malaysia tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau dia mengalami kebotakan kepala lepas nie ... kesian kat dia

      Delete
  3. betol la, aku pun kesian..wlaupun aku ni pro pembangkang, tapi klw dlm hal2 mcm ni, tolak la dulu ke tepi sume tu..wat la yg terbaik DS Najib dan para kabinet..kami rakyat akan doa kan yg baik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree bro .. sebab bila melibatkan negara dan kes luar , ianya bukan lagi perbezaan politik yg perlu kita ketengahkan tapi kita perlu pertahan negara ini dari anasir luar masuk .. thumbs up for you dude !

      Delete