Biduanita Sharifah Aini Meninggal Dunia

Seni suaranya yang tidak boleh disangkal lagi , beliau merupakan seorang penyanyi yang menjadi ikon bagi kebanyakan penyanyi baru iaitu Sharifah Aini , telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarhamah yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru. Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman .

Biduanita Sharifah Aini Meninggal Dunia


Datuk Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa.

Ia adalah suatu penghormatan kepada Sharifah Aini setelah lama penghormatan ini diberikan kepada Saloma. Kini, selain gelaran Biduanita Negara seperti gelaran Biduanita Muda Negara, artis yang menyandang gelaran ini adalah Siti Nurhaliza. Gelaran tersebut pernah disandang oleh Datuk Sharifah Aini sewaktu di zaman kegemilangannya dahulu.

Beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi anjuran RTM. Penerimaan anugerah tersebut adalah sebagai tanda penghormatan kepada beliau yang telah lama memperjuangkan diri dalam bidang seni suara sekaligus telah mengharumkan nama negara hingga ke arena seni antarabangsa.

Al - fatihah

0 Response to "Biduanita Sharifah Aini Meninggal Dunia"

Post a Comment