Dalam dunia penulisan ini , sering menjadi bahan bualan para blogger dan juga blogger-blogger baru , bagaimana untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti di samping menerapkan ciri-ciri istimewa untuk menggambarkan penulis itu sendiri.
Saya juga seorang blogger baru , namun terdetik dekat hati ni sebagai perkongsian kita bersama , ingat kongsi itu lebih baik dari orang yang kedekut .
apa yang saya fahami dan rasai , untuk menarik minat pembaca agar melekat bagai digam untuk terus mencari dan selongkar blog kita adalah dengan menulis dengan ikhlas dan telus
maksud saya kat sini , bukanlah apa , tapi cara penyampaian tu perlulah menggambarkan diri penulis itu sendiri , gunakan cara anda , dan yang paling penting , elakkan dari menjadi seorang yang copy paste .
Itu paling dibenci oleh readers kerana mereka akan rasa tertipu dengan perbuatan anda .
Cipta Keikhlasan anda ketika menulis , sampaikan dengan hati dan sepenuh jiwa , apa yang ada rasa betul dan baik , tuliskan dengan penerangan yang anda rasa baik untuk dikongsi .kalau anda boleh kupas macam bawang , kupas sampai nampak isi putih dia.. huhuhu
Lagipun , pembaca lebih menyukai cara penyampaian yang santai tapi bermanfaat .
Cipta Keikhlasan anda ketika menulis , sampaikan dengan hati dan sepenuh jiwa , apa yang ada rasa betul dan baik , tuliskan dengan penerangan yang anda rasa baik untuk dikongsi .kalau anda boleh kupas macam bawang , kupas sampai nampak isi putih dia.. huhuhu
Lagipun , pembaca lebih menyukai cara penyampaian yang santai tapi bermanfaat .
Ada Tips untuk penulisan berkualiti tak?
berikut merupakan 2 artikel terdahulu yang saya telah hasilkan untuk blogger-blogger menjadikan ia sebagai rujukan .
Kalau kurang , silalah share dengan saya , kalau ianya bermanfaat ,saya harap anda dapat praktikkan sebaik mungkin untuk memperoleh kepuasan menulis .
Baca sini :
Siapa sebagai Rujukan ?
urm , biasanya untuk mencari pakar rujukan ni , anda perlulah cari yang sama bidang dengan penulisan yang bakal anda hasilkan kerana dari situ anda akan dapat mengenal pasti bagaimana untuk menghasilkan penulisan mengikut bidang yang diceburi .
Saya boleh bagi sedikit contoh :
Parenting Skills/personal - Ben Ashaari & Melastik Bintang
Panduan Blog/SEO - Hasrul Hassan , Khairol Asrol
Penulisan - DenaiHati
Pendapat & Idea - Anarm.Net
blog-blog yang disenaraikan itu hanyalah sebagai contoh dan ramai lagi dekat luar sana tu yang berpengalaman dan lebih arif tentang selok belok dunia blogging ini .
diharap dengan penulisan saya ini , dapat membuka minda anda agar jadikan diri anda seorang blogger yang ikhlas menulis dan menyampaikan apa yang dimiliki .
Jangan takut untuk berkongsi cara dan pendapat kerana kita tidak akan tahu mungkin pembaca menyukai penulisan kita dan seterusnya akan terus keep in touch dengan kita .
Selamat menulis dengan ikhlas !
perkongsian yang baik.. ;)
ReplyDeleteterima kasih singgah di sini :D
DeleteSatu perkongsian yang menarik, Jadilah diri sendiri jangan terlalu mengikut orang dalam penulisan.
ReplyDeletePenulisan bukan sesuatu yang mudah, teknik menulis perlu ada bagi mereka yang mempunyai niche tersendiri..
ReplyDelete