Festival Kesenian Peringkat Kebangsaan MyArtsFestival 1014

Sekolah Seni Johor Bahru julung-julung kali akan mengadakan Festival Kesenian Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Sekolah Seni Johor Bahru Di Bandar Seri Alam , Pasir Gudang pada 27 Mei hingga 1 Jun 2014 .
sekolah seni johor bahru

Penyertaan masih dibuka kepada yang berminat sehingga 12 mei ini . Pada penganjuran kali ini , lebih memfokuskan kepada sekolah rendah seluruh Malaysia . Serlahkan bakat serta kreativiti anda dalam festival kali ini , siapa tahu rezeki ada di sana 
ssejb

Antara aktiviti yang akan dijalankan sempena festival ini adalah :
  • Pertandingan Rekacipta
  • Pertandingan Tarian Rampai Sari Tradisional
  • Pertandingan Nyanyian Solo
  • Pertandingan Bermain Alat Muzik
  • Pertandingan Teater Kanak-Kanak
  • & Bengkel-Bengkel Kesenian
  •  
Jika anda berminat , bagitau cikgu-cikgu , guru besar serta ibu bapa anda agar menyertai festival kali ini disamping dapat menambahkan pengetahuan dalam bidang kesenian . 

sila layari blog Sekolah Seni Johor Bahru ataupun portal kementerian pelajaran Malaysia untuk mendapatkan borang penyertaan  . Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Abdul Jabar bin Shain, guru Sekolah Seni Malaysia Johor di talian 019-2198441 atau 07-3870215.


#ppst - saya merupakan 1st batch sekolah seni johor bahru , so jangan lepaskan peluang ini , timbalah ilmu sebanyak yang boleh . More you Learn , More you earn


1 Response to "Festival Kesenian Peringkat Kebangsaan MyArtsFestival 1014"