Saham merupakan salah satu pelaburan yang bijak bagi menjana masa depan yang lebih baik . Skim Simpanan Nasional dan sebagainya semuanya menyediakan pelan bagi membantu kita agar hidup kita tak ditimpa kesusahan .
Tapi pernahkah anda daftarkan diri anda untuk melabur dengan Saham Akhirat ? . Saham akhirat ini merupakan satu pelaburan yang lebih berkesan dan keuntungan 100% milik kita dan yang paling menarik untuk saham akhirat ini adalah ianya PERCUMA ! tiada modal dan tiada wang pendahuluan .
Saham Akhirat ini bertujuan untuk memberi pulangan kepada kita selepas kita pergi meninggalkan dunia ini atau lebih tepat adalah mati . Jadi , ayuh kita sama-sama mulakan pelaburan ini agar kelak kesenangan milik kita . Insyallah
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk membuat pelaburan di Saham Akhirat adalah ;
- Memberi sedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan
- Mewakafkan sebahagian harta ke jalan Allah seperti wakafkan tanah dsb
- Meninggalkan anak yang soleh solehah yang sentiasa mendoakan kita
- Membuat amal ibadah sebanyak mungkin dan ikhlas kerana Allah
Diharap dengan perkongsian ilmu yang kecil ini , dapat membantu kita serba sedikit untuk menambahkan keuntungan kita pada hari akhirat kelak . bila kita dihisab , sekurang kurangnya saham ini mampu menyelamatkan kita.
Jika anda rasa artikel ini elok untuk perkongsian , sila sharekan ia agar kita semua memperoleh manfaat bersama .
Perkongsian yang sangat bermanfaat :)
ReplyDeletegood2 aku suka
ReplyDeletebeli lampu kalimantang. derma kat masjid.
ReplyDeletetu antara paling senang.