Hubungan Antara Blogger dan Pembaca


Dalam dunia penulisan akan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Penulis/blogger & pembaca . Dua aspek ini saling melengkapi antara satu sama lain dan jika salah satu tiada , maka tidak ada gunanya . 
Senang kata macam bertepuk sebelah tangan lah jadinya nanti. Kedua-duanya saling memerlukan . 

Tujuan penulis menulis adalah ingin berkongsi maklumat ,pengalaman , pendapat dan sebagainya kepada pembaca .

Hubungan Antara Blogger dan Pembaca

Hubungan Antara Blogger dan Pembaca

Sudah pastinya topic yang ditulis tak semua pembaca meminatinya , namun percayalah dalam 10 pastinya akan ade 3 atau 4 orang yang suka dengan penulisan yang dihasilkan . 

Bayangkan anda mempunyai 100 pengunjung dan 30 – 40 akan menjadi pengunjung tetap ke blog anda . bukankah itu satu benefit untuk anda .

Ok , tu kita boleh selitkan dekat : tips dapatkan trafik tinggi . Kembali kepada tajuk asal tadi Hubungan Antara Blogger dan Pembaca . Sejujurnnya penulis perlulah pandai mengambil hati pembaca agar pembaca blog mereka tetap setia dan sentiasa up to date dengan apa yang anda tulis .

Apabila kita mempunyai pembaca yang setia , secara tak langsung setiap info yang dikongsikan akan dikongsikan oleh mereka bersama dengan rakan-rakan lain seterusnya akan menjadi viral terutama sekali dengan penggunaan media social seperti facebook , twitter dan sebagainya .

Selain daripada itu , penulis juga perlu menerapkan layanan terhadap pembaca dengan memberi penghargaan kepada pembaca setia dengan membuat banner ataupun artikel yang ditujukan khas buat pembaca setia agar mereka rasa dihargai .

Sedikit sebanyak ianya akan membuat pembaca jatuh hati dan akan kekal bersama dengan anda selaku penulis.

Sampai di sini dahulu perkongsian untuk kali ini , kalau anda rasa artikel ini bermanfaat silalah share agar dapat dikongsikan bersama rakan-rakan anda.


0 Response to "Hubungan Antara Blogger dan Pembaca"

Post a Comment