Kepentingan BB1M kepada Mahasiswa
Sejak berada di bawah pucuk pimpinan , PM Dato’ Seri Najib Razak , pelbagai jenis sumbangan dapat kita terima antaranya BB1M , BR1M dan macam –macam lagi . Disebabkan saya ni masih lagi bergelar Mahasiswa , saya akan bercakap lebih banyak pada sumbangan BB1M pada Mahasiswa .
Bantuan Buku 1 Malaysia (BB1M) memang sering dinantikan oleh setiap mahasiswa . Bantuan sebanyak RM 250 dalam bentuk voucer itu amat bermanfaat kepada mahasiswa .
Kepada dikatakan BB1M ni bermanfaat ?
BB1M ini sedikit sebanyak telah mengurangkan beban para pelajar untuk membeli keperluan serta buku – buku ilmiah yang beratus-ratus harganya .
Saya sebagai contoh , student diploma music memerlukan RM120+/- untuk membeli sebuah buku rujukan yang berkaitan dengan muzik . itu baru untuk satu subjek , belum untuk subjek lain lagi dan begitu juga yang berlaku pada course lain .
Selain itu juga , bagi sesetengah student BB1M ni sedikit sebanyak dapat dijadikan wang perbelanjaan kerana voucer ini boleh ditukar kepada wang di kedai-kedai yang terpilih .
Walaupun tak digalakkan untuk ditukarkan dalam bentuk wang , tapi ianya sudah mampu membantu pelajar yang mengalami kesulitan .
Selain daripada itu juga , Pihak IPT turut membantu mahasiswa dari segi penggunaan baucer ini . Sebagai contoh , setiap kali BB1M diterima , pihak UPSI akan mengadakan IT fair ataupun BookFair untuk mahasiswa berbelanja sakan menggunakan bauver yang diperoleh disamping harga murah ditawarkan sewaktu pesta it/buku berlangsung .
Cuma mahasiswa perlu bijak berbelanja untuk menggunakan baucer tersebut sebaik mungkin , banyak benefit dapat diperoleh dari BB1M ni ,
semoga pemberian ini diteruskan dan saranan saya agar pemberian baucer diperketatkan agar baucer ini tidak disalah gunakan oleh sesetengah pihak.
0 Response to "Kepentingan BB1M kepada Mahasiswa"
Post a Comment