Isu Tinted Cermin Kereta - Perlu Sama Rata

Kebelakangan ini ini isu tinted cermin kereta mula bermain di bibir rakyat Malaysia kerana ada pelbagai masalah yang berlaku apabila penggunaan tinted secara keterlaluan oleh segelintir masyarakat Malaysia . 

Sebenarnya isu tinted ni bukan masalah baru , ianya masalah lama yang mana yang acapkali dimainkan apabila ingin melakukan operasi . Dan ketika inilah , semua kereta yang bertinted tapi tak ikut spec akan ditahan dan dikenakan saman .

Pada aku , ternyata syarat yang dikenakan mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri . Tak semua keputusan mampu memuaskan hati semua orang kan ? Pada aku masalah itu tinted kereta ni senang cakap perlu sama rata untuk semua pihak . Antara sebab mengapa dihadkan pemasangan tinted seperti berikut , Cermin terlalu gelap menyukarkan untuk proses pengecaman dijalankan sekaligus menyukarkan proses kenal pasti apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini . 

Pada aku pemasangan tinted ni lebih kepada keselesaan pengguna dan keselamatan kereta itu sendiri . Apabila mempunyai tinted , kita sukar untuk melihat isi kandungan yang terdapat di dalam kereta sekaligus menyukarkan orang lain untuk melihat ke dalam kereta kita .

Selain itu , dengan keadaan cuaca yang panas terik di Malaysia , rasanya inilah sebab paling kukuh yang boleh dinyatakan kerana kereta yang panas boleh membahayakan penumpang di dalamnya .

Sekarang Alasannya mudah sahaja . Kita semua pengguna . Apa guna kalau kita keluarkan penguatkuasaan tapi kita sendiri langgar dan macam mana orang lain nak ikut . Jadi jika inginkan peraturan ini dipatuhi , pihak atasan juga perlu mengikuti syarat yang ditetapkan . Simple but deep !

Syarat Pemasangan Tinted Cermin Kereta

Syarat pemasangan yang dibenarkan untuk semua pengguna jalan raya adalah seperti berikut :

Pemasangan sebanyak 50% dibenarkan untuk cermin sisi dan belakang
Pemasangan sebanyak 70% dibenarkan untuk cermin hadapan





0 Response to "Isu Tinted Cermin Kereta - Perlu Sama Rata"

Post a Comment