Cabaran Terakhir Iphone 5s Denaihati

Cabaran terakhir iphone 5s Denaihati

Akhirnya selepas melalui saringan berperingkat , aku berjaya berada dalam top 70 blogger yang akan bersaing secara sihat dalam Cabaran Iphone 5s yang dianjurkan oleh Denaihati.com

Ini merupakan kontest pertama aku yang terpilih sehingga peringkat akhir yang mana aku akan bersaing dengan 69 blogger hebat lain yang turut layak dalam kontest yang dianjurkan pada kali ini .
Aku boleh katakan persaingan sangat hebat dalam pusingan ke-2 kelmarin yang mana kena melayakkan diri berada dalam top 70 pengomen terbanyak di blog denaihati .

Cabaran Terakhir


Bagi cabaran terakhir dalam kontest ini , para peserta telah diminta oleh pihak penganjur untuk menghasilkan satu Artikel bertajuk “Blogger buat duit online” . Berikut merupakan antara syarat yang perlu dipatuhi oleh peserta dalam cabaran terakhir iphone 5s ini :


Ini jer ke cabaran akhir ?
Belum habis lagi , selain dari menghasilkan artikel ada lagi dua cabaran bonus yang disediakan oleh penganjur antaranya adalah  Cabaran Komen Terbanyak . Untuk tugasan bonus ini 70 peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 1/11 – 30/11/2014. Dan Kuiz Cabaran iPhone 5s .

Tugasan ini terbuka hanya kepada 70 peserta final cabaran iPhone 5s sahaja.Setiap minggu selama empat minggu peserta perlu menjawab kuiz ringkas.Ranking pemenang berdasarkan jawapan paling cepat dan betul.Peserta yang menjawab betul akan memperolehi mata yang akan menjadi sebahagian kecil daripada penentuan pemenang Cabaran iPhone 5s.

Akhirulkalam
kalah menang adat la kan dalam bertanding , sama macam final Piala Malaysia kelmarin , JDT kalah apa boleh buat .. huhuhu . Yang penting pengalaman dan ilmu tu yang kita kene collect .kan .. kepada yang terpilih , aku ucapkan selamat maju jaya geng .

0 Response to "Cabaran Terakhir Iphone 5s Denaihati"

Post a Comment