Kepentingan Author Box

Assalamualaikum , hari ini aku nak kongsikan sedikit mengenai kepentingan Author box yang selalu kita lihat ada dalam sesetengah blog . Macam mana rupa author box ni ? okay aku jelaskan sikit , cuba korang tengok gambar kat bawah ni , haa . itulah dia rupa author box .


Aku pun sebenarnya pasang author box ni apabila terpandang dekat blog abang HH dan pada aku dengan adanya ruangan ini , blog tersebut nampak lebih profesional dan dapat di lihat blogger tersebut bertanggungjawab dengan apa yang dihasilkannya .

Apa itu Author box ? Author box ini merupakan satu bahagian di mana ianya dijadikan sebagai ruangan untuk penulis , pemilik blog dan siapa yang menerbitkan artikel bagi sesebuah blog peribadi dan juga blog yang mempunyai ramai admin .

Di dalam ruangan tersebut akan di isi dengan biografi ringkas mengenai penulis , antaranya latar belakang serta kemahiran blogger tersebut dalam bidang penulisan .

Cara pasang Author Box  
Cara pemasangan yang mudah dan anda semua boleh praktikkan untuk diletakkan dalam blog masing-masing . Tampal koding dibawah ini selepas data:post.body . Credit : http://www.hasrulhassan.com/2013/01/Kotak-Info-Penulis-Bawah-Entri-Blogspot.html

<div class='about-author'>
    <h4>Mengenai Penulis </h4>
    <img align='left' src='URL GAMBAR ANDA?size=80' width='60'/>
    <p>TULIS PENERANGAN ANDA </p>
    </div>

diharap perkongsian ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk meningkatkan lagi pengetahuan anda dalam dunia blogging

0 Response to "Kepentingan Author Box"

Post a Comment