Tips Untuk Jadikan Kandungan Blog Mesra SEO

Untuk menjadikan sesebuah blog mesra SEO bukanlah sesuatu yang mudah , ianya perlukan pengalaman , pemahaman dan lain - lain lagi untuk memastikan tahap SEO sesebuah blog berada di prestasi yang amat terbaik .

Kali ini , aku nak share sikit dengan korang mengenai On page SEO yang mana ianya lebih banyak berkait dengan Isi kandungan yang dihasilkan oleh kita dalam sesebuah penulisan . 
kalau korang kurang paham apa itu On page SEO , koang boleh baca dekat sini : Apa itu On Page Dan Off Page SEO

Bagaimana Ingin Jadikan Kandungan Blog Mesra SEO ?

Berikut merupakan 4 Tips Untuk Jadikan Kandungan Blog Mesra SEO yang wajib anda ambil berat dan praktikkan dalam setiap artikel yang anda hasilkan bagi memperoleh hasil yang hebat di Search Engine seperti Google , Yahoo dan Bing .

  • Title tag
  • URL
  • Content of page
  • Image alt text
Berikut adalah satu contoh content yang baik yang mana memenuhi 4 kriteria yang diperlukan untuk SEO .

Tips Untuk Jadikan Kandungan Blog Mesra SEO


Jika di lihat dari aspek SEO , Kandungan ini mencapai kehendak SEO . Hal ini kerana kandungan yang dihasilkan mempunyai keempat-empat kriteria yang diperlukan untuk menjadikan kandungan blog mesra SEO .

Title Tag - Tajuk yang digunakan dalam kandungan ini adalah Super Mario World yang mana menjadi keywords yang digunakan oleh pembaca untuk memperoleh maklumat yang dicari . 

URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Super_Mario_World  - penekanan diberikan pada pemilihan keywords

Content Of Page - Kriteria ini turut memainkan peranan yang amat penting bagi menjadikan kandungan lebih mesra SEO dengan penggunaan keyword yang sama seperti title tag . Lihat gambar di atas , Keywords yang sama telah digunakan iaitu super mario world yang mana telah digunakan sebagai title tag , kemudian diulang semula pada bahagian content agar keywords itu lebih kukuh dalam carian robot di search engine .

Image alt text - Alt text digunakan di dalam setiap gambar dalam content agar penggunaan keyword lebih meluas dan memaksimakan tahap SEO bagi isi kandungan anda .

Kesimpulannya , SEO on page seperti kandungan yang mesra SEO ini akan lebih bertahan lebih lama dalam carian google kerana anda telah memasang tiang - tiang SEO bagi mengukuhkan kandungan yang anda telah hasilkan . 

1 Response to "Tips Untuk Jadikan Kandungan Blog Mesra SEO"

  1. Baru nak belajar tentang content.Orang kata content is king seo is Queen ehe.Orang kata bukan saya :p !

    ReplyDelete