Pendidikan melambangkan kemajuan sesebuah negara . Semakin maju dan tinggi tahap pendidikan di sesebuah negara , negara itu berada dalam landasan yang betul dalam menuju ke destinasi yang diharapkan .
Namun , apa yang menjadi permasalahan di sini , kenapa kebanyakkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) seluruh Malaysia tidak diberi hak dan perhatian dalam proses posting ataupun penempatan untuk mengajar .
Graduan ISMP juga mempersoalkan guru KPLI/DPLI yang berlebihan dan diberikan penempatan secara keseluruhan di sekolah-sekolah pada awal bulan Januari dan Mac 2014. KPM menyatakan penempatan adalah berdasarkan kekosongan dan keperluan mengikut opsyen, tetapi malangnya hampir kesemua KPLI/DPLI yang posting ditempatkan tidak mengikut keperluan dan opsyen yang diperlukan di sekolah.
Mengapa mereka masih diberikan penempatan? Jika berjanji mengikut keperluan dan opsyen maka penempatan KPLI/DPLI perlu mengikut keperluan tersebut sebagaimana yang berlaku kepada ISMP kebanyakkannya dijadikan calon simpanan kerana ura-ura “keperluan dan kekosongan mengikut opsyen”
Dengan itu , cadangan dari ISMP mohon KPM menghentikan/menghadkan pengambilan KPLI/DPLI atau mengkaji semula keperluan pengambilan KPLI/DPLI.
Adakah mereka benar-benar mahu menjadi guru ataupun menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan terakhir bagi mereka. Mereka mempunyai kelebihan berbanding ISMP yang sememangnya bidang pendidikan.
KPLI/DPLI mempunyai diploma atau ijazah yang bernilai untuk mencari peluang pekerjaan di sektor lain berbanding kami ISMP, ijazah pendidikan yang tipis peluangnya untuk memohon kerja di bidang-bidang lain.
Tolong pihak yang terlibat agar memandang perkara ini secara serius , apa guna wujudnya opsyen pendidikan tapi peluangnya ditutup . Jangan sangka yang senyap itu suka dan setuju , jangan sampai air yang tenang bergelora disebabkan sikap sambil lewa dari KPM .
0 Response to "Mana Hak Posting Kami ? - Graduan ISMP "
Post a Comment