Ibu Lelaki OKU Hati Binatang

Seteruk mana anak yang keluar dari rahim seorang ibu sudah pastinya akan ada sedikit rasa kasih sayang yang terbit dari naluri keibuan setelah melihat anak yang dikandung selama 9 bulan . Tetapi perkara sebaliknya pula berlaku pada nasib seorang Lelaki OKU berusia 15 tahun .

Lelaki OKU tersebut dikurung di dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan najis serta pakaian yang dipakainya reput serta berada dalam keadaan kurus kering sekali . Sekali pandang umpama mayat hidup di dalam sebuah bilik .


Mungkin Si Ibu mempunyai alasan mengapa dia berbuat begitu , tetapi pada aku itu semuanya mengarut , kerana ibu mana yang sanggup melihat anak kandung hidup dalam keadaan yang sangat menyayat hati . Kalau tak nak jaga anak OKU , sekurang kurangnya hantarlah ke tempat jagaan yang sepatutnya .

Kes sebegini mungkin ada banyak lagi berlaku di negara kita ni , cuma tak tahu dan tak dapat pendedahan bagi membela nasib mereka yang memerlukan ini . Semoga Lelaki OKU ini selamat di bawah jagaan pihak berwajib . Insyallah 

0 Response to "Ibu Lelaki OKU Hati Binatang "

Post a Comment