Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) Mula Beroperasi Di Nusajaya,Johor

Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) kini dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Johor bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada penerbit serantau dan antarabangsa dijangka menyumbang hingga RM1.8 bilion dari segi perbelanjaan dalam negeri tempatan dan mewujudkan hingga 1,700 pekerjaan bebas (freelance) bagi rakyat Malaysia dalam lapan tahun akan datang.


Studio itu telah menandatangani perjanjian dengan The Weinstein Company bagi penggambaran siri epik Marco Polo yang akan ditayangkan buat kali pertamanya di AS dalam suku pertama tahun ini. Ia akan melibatkan perbelanjaan dalam negeri sebanyak RM100 juta

Penubuhan PIMS membawa faedah kepada sektor-sektor ekonomi lain, di samping industri kreatif seperti hotel, makanan dan minuman, pelancongan dan kewangan seperti yang dapat dilihat daripada penggambaran siri Marco Polo yang menyaksikan beribu-ribu bilik ditempah, beratus kru tempatan diambil bekerja, berpuluh-puluh kereta disewa dan berpuluh buah restoran dikunjungi oleh pelakon dan kru dari 20 negara.

Studio ini bakal menjadikan negara ini sebuah destinasi utama bagi penerbitan filem dan TV yang disegani. Tenaga kerja tempatan juga mempunyai peluang keemasan untuk belajar daripada yang terbaik dalam industri ini dan pemindahan pengetahuan akan mengalir di seluruh industri kreatif Malaysia termasuk kesejahteraan ekonomi dan sosial di samping meningkatkan kandungan serantau di luar Malaysia.

0 Response to "Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) Mula Beroperasi Di Nusajaya,Johor"

Post a Comment