Jadi tahun ni aku berumur 21 tahun secara rasminya , dan akak aku yang tolong daftarkan untuk dapatkan brim ni . Jadi aku pun amik port lah , dapat ok , tak dapat pun ok jer . Semalam , abang posmen datang rumah , ada surat untuk aku . Rupa -rupanya pasal BB1M . Semangat lagi bukan main la sebab jarang aku nak dapat surat ni sebenarnya ..
HAHAHA
Tengok isi dalam pasal brim , rupa-rupanya permohonan aku ditolak dengan kod 07 . Aku tanya ayah aku , apa 07 tu , james bond ke ? hahaha .. Ayah aku cakap tu kod sebab kenapa kita tak dapat BB1M . Ouh . Jadi aku pun checklah , terpampang kat belakang surat tu no kod tadi yang mengatakan permohonan aku ditolak sebab masih menerima baucer buku 1 Malaysia ..
SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Kemukakan Salinan:
MyKad bagi pemohon; dan
MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2015 bagi kategori Bujang.
Berdekah aku ketawa , aku lupa sebenarnya yang mana aku masih lagi belajar hingga awal Januari kelmarin . Dan baucer buku untuk tahun ni aku layak lagi so bila baucer buku layak secara automatik brim aku tak dapat .. hehehe .. Kalau dapat , boleh belanja sana sini sikit kan ..
Tapi kalau nak jugak dua dua , rasanya boleh tapi kena buat surat rayuan la dekat portal dia , tapi pada aku tahun ni aku tak amik la Brim ni , sebab aku dapat baucer buku , bagi pada golongan yang lebuh layak menerimanya dulu .
mereka tak sepatutnya bagi baucer buku pada semua pelajar. Cuba fikir, macam mana mereka yang dah berumah tangga, tapi belajar partime still dianggap pelajar dan terima baucer Buku..sedangkan diorang nak buat apa baucer buku tu... Kita yang dah tamat pengajian..nk buat apa baucer tu..lain la kalau kata boleh ditukar dengan wang. huh!
ReplyDeleterasanya ika salah faham ni .. ika boleh semak dekat artikel sebelum ni sapa yg layak dpt baucer buku ... :) dan 1 lagi . baucer buku memang boleh ditukar kpada wang tunai ... :) harap info ni dapat beri pemahaman buat ika
Deleteboleh tukar tp x sama nilai baucar😂
ReplyDeleteAku belajar sampai skm tahap 3 je bro..camne pulak tiba2 aku dapat baucer buku ni...pening betul
ReplyDeleteKod 07 tu utk org bujang. Aku bukn ketogori bujang.mcm bodo
ReplyDelete