Alat Muzik Wayang Kulit

Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan
atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab). Alat muzik wayang kulit ade tujuh iaitu , geduk , canang , kesi , gedumbak , sepasang tetawak , serunai serta gendang .




Serunai, atau juga disebut puput serunai, adalah nama alat muzik aerofonik (tiup) yang terkenal sebagai alat muzik tradisional bagi masyarakat Minang. Bahagian yang unik bagi serunai ialah bahagian hujungnya yang mengembang, berfungsi untuk memperbesar  suara.


Kesi, Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional


Gong, Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional


Gendang dimainkan dengan diletakkan secara melintang di atas riba pemain. Muka besar atau muka kecil, boleh diletakkan mengikut keselesaan individu. Muka besar selalunya diutamakan.


Gedombak biasanya dimainkan secara duduk, dengan gedombak diletakkan di bawah ketiak. Ia dimainkan dengan memalu secara langsung menggunakan tangan. Gedombak merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang.

Geduk adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka. Muka geduk diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau. Pada mulanya belulang diletakan pada badan geduk menggunakan perekat. Kemudian belulang itu dipancang dengan baji kayu atau besi.


Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat 'penanda masa' (time marker) dalam ensembel paluan tradisional. Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang

0 Response to "Alat Muzik Wayang Kulit "

Post a Comment