Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Assalamualaikum semua . hari ini aku terpanggil dari hasil pancingan oleh abang HH untuk sertai segmen yang dia anjurkan sempena bulan kemerdekaan Malaysia kali ke-57 yang bertemakan Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta  .

Aku rasa segmen nie bukan sekadar suka-suka tapi ianya pada aku mengandungi makna tersirat dan tersurat yang amat mendalam . Itu pada aku la tak tau pulak dengan korang macam mana ye tak .

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta   |  tema yang bertepatan untuk tahun ini dan bersesuaian dengan apa yang berlaku di negara kita sepanjang tahun ini sehingga hari ini . pelbagai peristiwa , tragedi , perayaan , pesta , dan sebagainya .

Dan sudah pastinya setiap yang berlaku akan memberi kesan yang mendalam bagi seluruh rakyat malaysia termasuk aku sendiri . 

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta merupakan petikan daripada bait-bait lirik lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman begitu mendalam maksudnya . Tak kira tua , muda kanak - kanak dan sebagainya sudah pasti akan mengetahui lagu ini kerana sering menjadi siulan ramai ketika bulan kemerdekaan .



Aku sebagai anak kelahiran selepas merdeka merasakan kemerdekaan ini amat penting dan lagi penting untuk dipertahankan . kerana tidak mustahil sesuatu yang menjadi milik kita pada hari ini akan hilang kerana kealpaan kita sendiri yang sering bertelagah sesama sendiri kerana merebutkan sesuatu demi kepentingan diri dan bukannya untuk negara .

Semaikan perasaan cinta terhadap negara merupakan satu langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa yang merupakan guru pertama bagi anak-anak dirumah . Kenapa aku cakap macam ni ? kerana akhir-akhir semakin luntur semangat patriotik dalam kalangan anak-anak , remaja kerana ambil acuh tak acuh mengenai patriotik . Adakah mereka lupa dengan pengorbanan nenek moyang mereka yang sanggup berdepan dengan tentera british , portugis , belanda , dan jepun ..

Pertahankan negara ini , bersatu demi negara ini , dan ingatlah jika tergadainya negara ini , kita akan menjadi mangsa .. tuan tanah merempat di tanah sendiri . 

huh , beremosi pulak aku buat artikel untuk segmen abang HH nie , mungkin menjiwai tajuk yang diberikan oleh abang HH kali ini .. pada yang nak join tu , korang buatlah artikel yang boleh memberikan kesan positif kepada pembaca . buka mata dan hati mereka .. Cintailah Malaysia dan kekalkan kedamaian dan kemakmuran . 

1 Response to "Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta"