3 Sebab Blog Trafik Rendah Dan Cara Mengatasinya

Huhu .. kali ini tajuk mesti rasa lain macam kan  Kenapa Tak Ramai Pembaca Di Blog Aku ?  mesti korang tertanya-tanya sebabnya kerana korang pun sama seperti aku mempunyai masalah yang sama dari segi trafik dan sebagainya .

Baiklah , sekarang kita mulakan topik kita kali ini dengan kenal pasti jenis blog korang dulu  .
1.kenalpasti kategori blog ( travel/makanan/hiburan/parenting dan sebagainya)
2.target pembaca 
3.Artikel yang dihasilkan - adakah ianya berkualiti ?

tingkatkan trafik


Kenapa tak ramai orang yang baca dekat blog aku ?
hal ini mungkin terjadi dekat blog korang mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya seperti yang tersenarai tadi iaitu  kategori blog , target pembaca dan artikel yang dihasilkan . Pada aku , benda ini semua mempengaruhi kadar pembaca yang singgah di blog kita .

Kenalpasti kategori blog  
mungkin ini merupakan salah satu masalah yang korang hadapi apabila korang sendiri was-was tentang blog yang dihasilkan . Maksud aku tiada pengkhususan dalam blog yang korang handle . Semua benda bercampur sehingga menyebabkan pembaca berasa blog ini berselerak .

Perkara ini perlu dielakkan kerana kita perlu menjadikan pembaca selesa membaca dekat blog kita . Sebelum mereka lari , baik kita betulkan nawaitu blog kita . Khusus untuk satu skop . hehehe

Target Pembaca
Korang perlu faham siapa yang baca dan singgah dekat blog anda . Andai kata korang buat blog dan cerita pasal personal life korang , mungkin sedikit sahaja yang akan berminat dengan blog anda . Jika anda perhatikan , blog yang meraih trafik tinggi merupakan blog yang memberikan info serta memiliki panduan yang berguna untuk dijadikan rujukan oleh pembaca 

Jadi apa yang korang perlu lakukan adalah , cuba pikat dan pengaruhi minda pembaca untuk kekal setia bersama blog anda dengan buat beberapa keunikkan tersendiri untuk orang mudah ingat ingat dengan blog korang . so pandai pandai korang laa nak buat macam mana . Ikut kreativiti sendiri .

Artikel Sampah Atau Berkualiti ?
Benda ni paling penting dalam sesebuah blog . Sebabnya orang cari dekat internet laman yang memeberikan info dan maklumat yang tepat serta lengkap . jadi apa yang korang sediakan untuk mereka adalah kandungan artikel yang berkualiti dan bermanfaat , 

Jadi blogger yang menolong orang dan bukannya menyusahkan orang lain . jadi korang boleh rujuk dekat sini : http://www.faizuddinfuad.com/2014/05/6k-pageviews-untuk-satu-artikel.html cara-cara untuk hasilkan artikel untuk mendapat pageviews yang banyak .

Rasanya banyak lagi faktor yang menyumbang kepada trafik untuk blog ini , antaranya niche , SEO dan sebagainya .. Next artikel aku akan kongsikan dengan korang yer . Harap perkongsian aku ini mendapatkan manfaat sedikit sebanyak dekat korang .



4 Responses to "3 Sebab Blog Trafik Rendah Dan Cara Mengatasinya"

  1. bagus tips ni. berguna kepada mereka yang tercari2 apa yang tak kena dgn blog diorng

    ReplyDelete
  2. sebenarnya lebih dari 3 faktor yang mempengaruhi tahap trafik .. yang lain akan ditulis pada next artikel

    ReplyDelete
  3. Yang paling best, kalau pandai main SEO, trafik macam air~ :)

    ReplyDelete
  4. kalau mcm saya niche kesihatan, kdg2 ada juga masuk personal life story sikit2..taknak blog tu jadi terlalu kaku..tapi still sy selitkan panduan dan tips berguna untuk reader agar mereka mendapat sesuatu..

    thanks atas tips yang diberikan ya :)

    ReplyDelete