Jana Pendapatan Harian Dalam USD dengan Forex

Setelah sekian lama menyepi dalam dunia blogging , hari ini aku kembali menulis dengan suatu topik yang baru dan segar dalam otak ni. Topik yang ingin aku kongsikan dengan korang adalah mengenai bagaimana ingin jana pendapatan harian dalam matawang USD dengan forex.

Ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan forex. Baik di sini aku nak bagi basic lesson apa itu forex. Forex merupakan dagangan matawang seluruh dunia yang mana mewakili pertumbuhan ekonomi sesebuah negara seperti USDJPY EURUSD dan sebagainya.



Aku masih baru lagi dalam bidang forex ni namun telah banyak hasil pendapatan USD yang telah berjaya aku hasilkan. Dalam menghadapi dunia yang serba mahal sekarang ni, aku tengok forex mampu membantu ramai orang untuk menjana income. Ada yang memilih menjadi part time trader dan ada juga menjadi full time trader apabila nampak keupayaan forex ini dalam menjana sumber pendapatan.

Dengan forex, kita tidak perlu tunggu gaji mingguan atau bulanan, tapi ia gaji harian yang mana korang mana yang ingin jadi trader boleh trade 24/5 . Yang penting sebelum nak jadi trader ni , pastikan ilmu dekat dada tu cukup dulu baru dapat trade dengan konsisten untung kalau tak mengadap rugi jer membazir namanya.

Berikut 3 kelebihan yang dapat diperolehi dengan forex :

1. Forex adalah pasaran 2 hala

Tidak seperti pasaran saham, anda hanya mendapat keuntungan sekiranya saham anda naik, Di dalam forex anda boleh mendapat keuntungan samada harga NAIK/TURUN. So anda boleh menggandakan keuntungan anda! :)

2. Pasaran forex dibuka 24 jam

Pasaran forex dibuka 24 jam dan 5 hari seminggu. Ada juga sesetengan broker buka market pada weekend tetapi kebiasaannya 5 hari dari Isnin – Jumaat. Tidak seperti pasaran saham, ia dibuka 8 jam sahaja sehari.

3. Kos permulaan yang RENDAH

Untuk bermula dalam perniagaan forex ada sesetengah broker menyediakan modal permulaan yang kecil sehingga USD1 anda sudah boleh mula trading! Anda juga boleh menggunakan akaun demo dan percuma untuk berlatih

Diharap perkongsian ringkas ini, dapat membuat korang bernafsu nak mencuba bermain forex. sekian

0 Response to "Jana Pendapatan Harian Dalam USD dengan Forex"

Post a Comment