Cupchai Cafe & Resto : Tempat Paling Selesa Untuk Ngeteh Di JB

Semalam aku keluar berjalan sambil cuci mata dekat bandar Jb. Berjalan sakan dari Puteri Harbour turun Country Garden last2 lepak dekat Angsana. Lalu dekat angsana tu ternampak la pulak bangunan Jakel yang tengah sale gila-gila sekaligus membuat aku tertarik nak pusing-pusing area tu.


Tengah sibuk cari parking konon-konon nak pergi jakel , mata ni terpandang sebuah Cafe yang menarik perhatian aku iaitu Cupchai Cafe & Resto. Woaa menarik jugak kalau cuba makanan dekat sini. Lupakan hasrat ke Jakel , aku pun masuk ke cafe tersebut untuk cuba apa yang istimewa dalam kafe tersebut.

Kedainya simple sahaja tetapi apa yang membuatkan ia nampak menarik adalah dari segi meja dan kerusi yang digunakan, environment dalam Cupchai cafe ini sendiri membuatkan anda berasa tenang untuk lepak santai dekat dalam kafe tersebut. Setiap meja ada 'order chit' ni yang menempatkan kertas tempahan dengan pensel kayu. Paling menarik dia siap sediakan price list untuk makanan yang kita nak order . Senang kata dia bagi pelanggan memilih menu.
Cupchai Cafe & Resto
Cupchai Cafe & Resto
Antara menu utama yang di dapati di cafe ini adalah
  • Kacang Pool
  • Nasi Kukus Berjemaah
  • Roti Titab
  • ABC
Cupchai Cafe & Resto

Yang aku senaraikan tu merupakan menu yang sering dipilih oleh pelanggan yang hadir ke situ. Semalam aku try penangan Kacang Pool dekat Cupchai cafe ni ternyata tak menghampakan. Roti lembut dan kuah kacang daging yang pekat likat sehingga menjilat jari dibuatnya . hehehe jadi kepada korang2 yang nak bawa family ke , cinggey ke , kekasih gelap ke boleh try dekat sini . Harga amat berpatutan dan cafe yang selesa kalau korang nak lepak-lepak.








1 Response to "Cupchai Cafe & Resto : Tempat Paling Selesa Untuk Ngeteh Di JB"