Bacaan Doa Qunut dan Sujud Sahwi

Setiap umat islam wajib mengerjakan solat lima waktu sehari semalam yang mana ianya bermula dari pagi sehingga malam . Berikut merupakan  lima solat yang sudah sedia kita maklum yang wajib kita tunaikan sebagai seorang muslim :



  • Solat Subuh - 2 rakaat beserta bacaan doa qunut
  • Solat Zohor - 4 rakaat
  • Solat Asar - 4 rakaat
  • Solat Maghrib - 3 rakaat
  • Solat Isyak - 4 rakaat 
Solat Subuh mengandungi bacaan doa qunut yang mana akan dibacakan selepas kita rukuk. Tapi kita sebagai manusia kadangkala lupa untuk membaca doa qunut terus sujud . Tapi kita boleh menggantikan doa qunut yang terlepas tadi dengan sujud sahwi . Islam itu mudah bukan .

Berikut merupakan bacaan doa qunut dan cara mengerjakan sujud sahwi :

Cara bacaan doa qunut. Umum mengetahui doa qunut dibaca pada iktidal rakaat kedua waktu solat subuh. Hukum membaca doa qunut adalah sunat ab'ad (sunat yang dituntut).

Doa qunut:

TERLUPA UNTUK BACA DOA QUNUT
Perkara ini sering berlaku kepada kita ketika solat subuh iaitu terlupa untuk baca doa qunut dan terus sujud. Jadi SAH atau TIDAK solat kita.

Solat kita sah kerana membaca doa qunut itu sunat. Namun disunatkan untuk melakukan sujud syahwi kerana membaca doa qunut adalah sunat aba'ad.

CARA MELAKUKAN SUJUD SYAHWI
Sujud syahwi dilakukan selepas selesai bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam.
Melakukan sujud sebanyak dua kali.
Pada kedua-dua sujud berikut hendaklah membaca tasbih ini: 

سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ  
Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa

semoga perkongsian ini memberi manfaar buat kita bersama dan kongsikan bersama teman-teman yang lain . Insyallah


0 Response to "Bacaan Doa Qunut dan Sujud Sahwi"

Post a Comment