Siapakah Jadilah Seperti Rashid Sebenarnya ?

Hari ini viral satu Malaysia apabila sebuah fanpage baru dengan nama " Jadilah Seperti Rashid" meniti dibibir semua golongan masyarakat yang ada di negara ini.

Jadilah Seperti Rashid


Fenomena Rashid ini amat mengejutkan kerana dalam masa 2 hari pagenya yang sebelum ini hanya memiliki 5000 likers bertambah secara mendadak sehingga 130,000 likers kurang daripada 24 jam. Page ini mampu menandingi kepopularan Aman Fans, Siakap Keli dan juga Himpunan Cerita Lawak.

Siapakah Rashid Sebenarnya ?
Persoalan ini sudah pastinya timbul di dalam fikiran semua orang termasuk diri aku. Tapi mengikut apa yang aku tahu, Rashid ini baik orangnya. Rashid akan kupas semua sikap dan perangai orang kita yang negatif, Rashid akan buat ikut cara Rashid. Jadilah seperti Rashid.

So far, Aku tengok page Rashid ni terbaik sebab apa yang dikupasnya adalah betul mengikut isu semasa yang diolah dalam dialog yang ringan dan mudah untuk diterima pembaca. Nampak biasa tapi kalau terkena dekat batang hidung sendiri dengan teguran dari Rashid memang sakit dan makan dalam.

1 Response to "Siapakah Jadilah Seperti Rashid Sebenarnya ?"